View: 45909|Reply: 2
|
Kontena hempap Bezza: Pemandu treler direman selama empat hari
[Copy link]
|
|
SEBERANG PERAI – Pemandu treler kontena yang terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan kematian seorang wanita di Jalan Kebun Sireh, Bukit Tengah semalam direman selama empat hari sehingga 17 November ini.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Harith Mohd. Mazlan yang membenarkan permohonan polis untuk siasatan kes tersebut di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, treler yang dipandu lelaki terbabit dari arah Jalan Bukit Tengah membelok masuk ke Jalan Kebun Sireh sebelum hilang kawalan dan menyebabkan muatan kontena yang dibawa menghempap dua buah kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat.
Wanita berusia 21 tahun maut di lokasi kejadian manakala lelaki berusia 25 tahun parah dan dirawat di Hospital Bukit Mertajam.
SUMBER: – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Gundu yang depan tu ke orangnya?
Aku kalau jumpa lori laju atas jalan, memang taknak saing langsung! |
|
|
|
|
|
|
|
si gundu babi depan tu semalam dalam TV boleh muka berlagak sengih2 buat peace ye....macam gampang betul...semoga ada yang hempok kau cukup2 kat dalam tu ye... mampos pun lagi bagus.. sebab perangai gampang kau lah orang benci & takut nak drive kalau nampak lori2 besar2... |
|
|
|
|
|
|
| |
|