View: 52397|Reply: 37
|
[Tempatan]
Sekat peminjam PTPTN beli kereta, hartanah, melancong
[Copy link]
|
|
Sekat peminjam PTPTN beli kereta, hartanah, melancong
https://www.kosmo.com.my/2024/11 ... hartanah-melancong/
Oleh ZULKIFLI MANZOR
15 November 2024, 4:23 pm
Gambar hiasan
PETALING JAYA – Kerajaan disaran melaksanakan keadah yang lebih berkesan dalam usaha mendapatkan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada peminjam.
Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung berkata, kerajaan boleh memperkenalkan sistem pembayaran balik yang lebih fleksibel dan praktikal sama seperti Potongan Cukai Bulanan (PCB) terhadap peminjam PTPTN.
Menurut beliau, pembayaran balik daripada potongan gaji secara automatik akan membantu peminjam menguruskan kewangan dengan berkesan dan membolehkan kerajaan mendapatkan bayaran balik dengan lebih cekap.
“Kerajaan boleh juga mempertimbangkan untuk memperkenalkan sekatan ke atas aktiviti tertentu seperti membeli hartanah, kereta atau melancong ke luar negara bagi peminjam PTPTN yang gagal membuat pembayaran balik.
“Langkah-langkah ini mesti dikuatkuasakan dengan ketat untuk memastikan ia berkesan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Yee Fung berkata, cadangan untuk menghentikan pembiayaan PTPTN kepada kursus universiti yang merekodkan kadar bayaran balik yang rendah tidak akan menggalakkan bayaran balik dalam kalangan peminjam.
Kata beliau, menafikan pinjaman PTPTN berdasarkan kegagalan pembayaran balik orang lain bermaksud menghukum pelajar yang tidak mempunyai kawalan terhadap keadaan itu.
Beliau berkata, tindakan sedemikian akan turut memberi mesej yang salah bahawa orang yang tidak bersalah harus menderita atas tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab.
“Tanggungjawab untuk membayar balik hutang PTPTN terletak pada penghutang. Adalah tidak adil untuk mengalihkan tanggungjawab itu kepada orang lain.
“Adakah pegawai PTPTN benar-benar percaya bahawa graduan yang sudah bekerja akan berasa terpaksa membayar balik pinjaman kerana rasa bersalah atas situasi yang dihadapi pelajar yang masih dalam pengajian? Ini adalah jangkaan yang tidak realistik dan tersasar,” katanya.
Media baru-baru ini melaporkan pembiayaan PTPTN sedang mempertimbangkan untuk menghentikan pembiayaan kepada kursus universiti yang merekodkan kadar bayaran balik yang rendah.
Ia sebahagian usaha dengan universiti tempatan untuk menggalakkan bayaran balik dalam kalangan peminjam. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bukan pernah buat sekatan melancong ke? Working for a while pastu ke laut. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke skrg pun masih lg disenaraihitamkan utk keluar negara yg tak byr ptptn?
sekatan beli properties tu tak pernah buat kan selama ni? |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 15-11-2024 05:41 PM
bukan ke skrg pun masih lg disenaraihitamkan utk keluar negara yg tak byr ptptn?
sekatan beli proper ...
Beli rumah dia check ya..tp ms tuh rumah prima lah..rumah2 lain idoklah teman tau |
|
|
|
|
|
|
|
Weols adek beradek semua dah langsai dah
Bayar untuk.dip.je sebab degree dpt free ...
Skang bayo sspn untuk anak2 je...
Sebab kita tak tau mampu ke idak nanti bila anak2 masuk ipt..
Iols selalu doakan moga anak2 iols berjaya..
Semoga anak2 kita berjaya di.dalam bidang yang diceburi..wah gtchuuu...
Bayo lahhh.loannnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Setujuuuuuuuu…..
Hutang wajib dibayar. |
|
|
|
|
|
|
|
msdummy.2018 replied at 16-11-2024 10:55 AM
Beli rumah dia check ya..tp ms tuh rumah prima lah..rumah2 lain idoklah teman tau
ooo bagus laa.
rumah lain mcm takde check kot sbb iols 2/3x jual beli umah takde plak gitu.
kalau blacklist mmg tak dpt la beli rumah prima tu ye?
|
|
|
|
|
|
|
|
Jgn ptptn je...yg mara loan pun kena buat camni jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 15-11-2024 05:41 PM
bukan ke skrg pun masih lg disenaraihitamkan utk keluar negara yg tak byr ptptn?
sekatan beli proper ...
Paling effective sekat beli kereta kot....tak merasa la set2 tak guna ni nak melaram H or x50.. |
|
|
|
|
|
|
|
buat aje
tok sah kesian2
setakat rm50 sebulan pn ada yang buat tatau aje
hidup kemain mewah |
|
|
|
|
|
|
|
Bila buat, ada la pihak2 buat modal pilihanraya. Nak buat kena kekal firm. |
|
|
|
|
|
|
|
Berat hutang ni.. Org yg mati syahid pun masih di bebani dosa hutang. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Setuju. Sekat pinjaman bank semua |
|
|
|
|
|
|
|
Yang dah kerja potong EPF dia lump sum |
|
|
|
|
|
|
|
memang la leceh, tapi cuba la ikthiar macam potongan epf sokso tu.. senang terpaksa rela.. fikir kan bab % yang afdhal untuk sekian2 tempoh...
jangan la sekat beli kereta, tapi sekat beli Honda atau atas RM50k, tu pun da memadai.. jangan la sekat melancong, tapi kena hadir ke kaunter jumpa pegawai PTPTN minta cop passport untuk pelepasan... (sesi basuh keras sejam setiap orang)..
bagi la beli rumah, tapi penama utama PTPTN... (tapi penama utama loan tetap sipeminjam)....
|
|
|
|
|
|
|
|
Bis tu skang nak keje deme check ccris ctos... kalo sangkut, takleh proceed offer keje.. part of HR checklist...
dah tu cemane |
|
|
|
|
|
|
|
Adam adli tersenyum sinis...... |
|
|
|
|
|
|
|
Msa najib umum diskaun tu terus byr lump sum, rsa 20% kot diskaun msa tu, biarpun ada yg tunggu ptptn dimansuhkan masa tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|