View: 52379|Reply: 2
|
[Tempatan]
Pelesenan media sosial tetap diteruskan 1 Januari 2025
[Copy link]
|
|
Pelesenan media sosial tetap diteruskan 1 Januari 2025
https://www.bharian.com.my/berit ... skan-1-januari-2025
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim - November 15, 2024 @ 4:48pm
[email protected]
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan kekal dengan pendirian untuk melaksanakan pelesenan platform media sosial yang bakal berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata penguatkuasaan pelesenan itu penting bagi mengatasi pelbagai masalah dalam internet khususnya membabitkan buli siber.
"Dalam isu buli siber, kita lihat memang pada waktu ini banyak daripada kegiatan buli siber berlegar dalam beberapa platform (media sosial) terutama Facebook, TikTok dan juga Instagram.
"Ini antara sebab kenapa kita berpendirian tarikh 1 Januari 2025 untuk pemakaian sistem ataupun rejim pelesenan bagi platform media sosial ini tidak boleh diubah," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.
Ogos lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
MCMC dalam kenyataannya dilaporkan, langkah itu akan dikuat kuasa bermula 1 Januari 2025, susulan kerangka kawal selia baharu ke atas perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet diperkenal bermula hari ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
YANG NI AKU TAK FAHAM
YANG NAK DILESENKAN TU PENGGUNA ATAU PEMBEKAL PERKHIDMATAN? |
|
|
|
|
|
|
|
zaman jepun dulu tv kne ada lesen. renew kat pejabat pos |
|
|
|
|
|
|
| |
|