View: 50155|Reply: 28
|
Shuib takkan lari, akan tetap jadi usahawan - Insha-Allah tahun 2025 saya akan bangkit dengan perancangan baharu
[Copy link]
|
|
Berdepan dengan beberapa pertuduhan di mahkamah tidak mematahkan semangat pelawak dan usahawan Shuib untuk meneruskan perniagaan minuman miliknya.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, turut menyifatkan dugaan yang dihadapinya bukan satu kegagalan untuk terus menerajui syarikat BubbleBee Sdn. Bhd.
Bagaimanapun Shuib tidak menolak 2024 sebagai tahun yang tidak baik untuk dirinya dan syarikat.
“Kalau nak kata saya gagal, saya masih belum menyerah kalah dan masih menggalas tanggungjawab dengan baik. Ramai kakitangan yang nak saya berjuang sehingga perkara ini pulih kembali.
“Saya optimis dan menganggap apa yang berlaku ini adalah satu cabaran. Insha-Allah tahun 2025 saya akan bangkit dengan perancangan baharu.
“Soal kes di mahkamah saya serahkan kepada peguam untuk menjalankan tugas dan pihak pengurusan menguruskan beberapa perkara yang berkaitan,” katanya yang ditemui dalam majlis sidang media Bocey Comeback Live In Singapore di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Shuib tidak akan melarikan diri meskipun berdepan dengan beberapa pertuduhan di mahkamah.
“Saya tidak akan lari. Apa yang boleh dibincangkan, saya akan berbincang dan jika perlu ke mahkamah saya akan pergi. Saya dah hadap macam-macam termasuk ada perniagaan yang bagus, tetapi Allah ambil isteri saya. Itu adalah dugaan yang berat.
“Jadi apa yang saya lalui sekarang ini adalah dugaan kecil. Saya anggap perkara ini adalah normal tapi saya bukan nak normalisasikan faedah kakitangan atau cukai.
“Cuma saya harap dugaan yang saya hadapi ini tidak akan mengganggu perancangan saya untuk maju ke depan. Lagipun perniagaan saya ini bukan diboikot, malah mendapat sambutan tinggi terutama di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Semalam, Syarikat BubbleBee milik Shuib didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam enam pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), sepanjang tahun lalu.
Syarikatnya yang diwakili Shuib, 40, dan Koh Choon Guan, 33, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rasyihah Ghazali.
Terdahulu, Bubblebee, Shuib dan Koh didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu.
Mereka dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Ameera Mastura Khamis.
SUMBER: – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Sakau KWSP staff ✅
Sakau SOCSO staff ✅
Sakau cukai perkhidmatan ✅
Perancangan baharu utk 2025 nak sakau duit derma macam jAHAT pulak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Terpaling bisnesman turun naik court. Fitnah & dugaan hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
Dugaaan apo bendo nyo suib?????
Ini bukan dugaan lahabau
Ni dendaaa kaunkena hadp sebb kesalahann
Nak buat perniagaan baru apo pulakk suibb oiii
Settle kan denda dulu laaa
Kami mendoakkkann kau melingkuppp selamanyaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Penah ke dia mintak maaf kat staf yg dia x bayar perkeso tu. Geram pulak statement dugaan sana, dugaan sini. Ni bukan dugaan tp kebodohan |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke masih letop bisnis babelbi tu
idok le nak sapot |
|
|
|
|
|
|
|
bottombikini replied at 16-11-2024 03:56 PM
betul ke masih letop bisnis babelbi tu
idok le nak sapot
Bukan ke byk totop.. hahaha
Lain kali joinlah francais bukak tealive ke, mixue ke... secret recipe ke...
Ntah pelik dugaan Mende ntah. Sndri kedekut cari penyakit! |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni tau ke biz.. Main sauk je..
Agaknya kes kwsp, perkeso pun dia xtau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Org bodoh ramai..tp yg ni xtahu kategori ape..sbb xsudah2 kate ujian perniagaan padahal die yg xaanah jd majikan |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni bukan urus bhgn kewangan tp behind him ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kang mixue all out buka outlet di setiap bandar/pekan kat sabah & sarawak jenuh ko soeb. Baik kedai eskrim madu ko buat backing plan nak naikkan sales. Org lain bole jual 1 cup rm5 & fruit sauce camne ko tergamak jual rm10 padahal separuh cup tu letak cornflakes borong murah & madu gula? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni bukan dugaan mangkuk
Ni penyakit carik sendiri sebab bodoh tak pandai niaga tau dak |
|
|
|
|
|
|
|
Orang malaysia yg masih ada hati jd pekerja dia mesti berhati mulia walau komitmen miss miss. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak cakap ko ni. Bayar je le. |
|
|
|
|
|
|
|
anggeriklatifah replied at 16-11-2024 03:44 PM
Dugaaan apo bendo nyo suib?????
Ini bukan dugaan lahabau
Ni dendaaa kaunkena hadp sebb kesalahann
ntahnya... kalau dugaan tu mcm rumah banjir, eksiden, sakit.. ni bkn dugaan, ni mmg sesaja nk menduga hidup org lain.. tu pun tak paham2 |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat scammer mmg mcm tu, dia mmg xleh byr so dia akan ckp dia xkan lari n sidai laaaaaa for years n years mcm bapak tok padza fv tuuu scam duit org smpi skrg mana ada bayor so will be the same template |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Samerosie at 16-11-2024 10:32 PM
Pastu sama gak tak bayar epf socso cukai. Dugaan apa tu kalau ada duit tp tak bayo hak org ikut undang2. Itu committing a crime tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|