Edited by maklukpenggoda at 17-11-2024 05:03 AM
Katanya, JS-SEZ pada waktu ini memerlukan seramai 74,000 pekerja berkemahiran tinggi, namun hanya 52,000 permohonan kerja dibuat setakat ini.
PETALING JAYA: Johor dijangka menawarkan gaji premium bermula RM4,000-RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi, kata Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri menyuarakan keyakinan itu susulan penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC), untuk membekalkan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi mengisi 100,000 peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan dalam segmen itu.
Beliau memaklumkan penubuhan majlis itu akan bertindak sebagai hab sehenti menghubungkan institusi TVET, industri, dan pencari kerja.
“Johor adalah negeri pertama wujudkan JTDC bagi membantu anak-anak muda di negeri ini dilatih menjadi tenaga kerja berkemahiran tinggi.
“Apa yang dilakukan Johor ini adalah untuk menetapkan gaji premium bagi diploma bermula dengan RM4,000, manakala gaji premium ijazah sarjana muda bermula RM5,000. Tidak ada negeri lain melakukannya (gaji premium) setakat ini hanya Johor sahaja yang berada di hadapan,” katanya menurut Harian Metro di Johor Bahru.
Zahid, yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah, berkata penting bagi penetapan gaji pada julat itu demi memastikan bakat tempatan tidak mengalir keluar.
“Ini kerana gaji minimum ditetapkan kerajaan adalah RM1,700 berkuatkuasa Februari depan, namun gaji minimum di Singapura pula adalah $1,500 bersamaan dengan RM5,290,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata 100,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi sedang disediakan kerajaan Johor susulan kewujudan beberapa zon ekonomi termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
FMT
|