CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 69831|Reply: 0

[Pulau Pinang] PAC adakan prosiding projek loji rawatan kumbahan di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 17-11-2024 01:53 AM | Show all posts |Read mode
PAC adakan prosiding projek loji rawatan kumbahan di Pulau Pinang

BERNAMA




Datuk Mas Ermieyati Samsudin. FOTO Arkib NSTP



Kuala Lumpur: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan prosiding berhubung isu lanjutan masa (EOT) sebanyak 10 kali hingga mengakibatkan projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau Bayan Baru, Pulau Pinang (Fasa 2) lewat lebih enam tahun.

Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata prosiding yang diadakan di Parlimen pada Isnin ini akan memanggil Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), jururunding dan kontraktor projek bagi merekodkan penjelasan serta keterangan mereka susulan lawatan kerja PAC ke projek bernilai lebih RM256 juta itu pada Jumaat lepas.

"Lawatan kerja ini bagi meninjau masalah dihadapi projek ini yang di bawah prosiding Pengurusan Air Negara yang sedang disiasat oleh PAC serta memberikan gambaran sebenar dihadapi projek ini hingga mengakibatkan berlaku kelewatan sekali gus tidak dapat memberikan perkhidmatan yang sepatutnya kepada rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata 11 ahli PAC menyertai lawatan kerja itu bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Air) PETRA Datuk Mohd Rozuan Mohd Baba Sakri, Ketua Pengarah JPP Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Ketua Jabatan Perancangan dan Kejuruteraan Indah Water Konsortium (IWK) Mohd Taufik Salleh dan pihak kontraktor pembinaan.

Mas Ermieyati turut menjelaskan PAC telah mengadakan empat prosiding antara Julai dan Oktober tahun ini selain mengadakan lawatan kerja ke Sandakan dan Tawau, Sabah pada 29 Oktober dan 1 November lepas.

Dalam lawatan kerja ke Sandakan dan Tawau itu, beliau berkata PAC telah meninjau projek Menaik Taraf Sistem Bekalan Air Termasuk Tangki Simpanan Sandakan serta projek Skim Bekalan Air Tawau, Fasa 3, Reka Bentuk dan Sistem Pembinaan Empangan Air.

"Prosiding bagi kedua-dua projek ini diadakan di Kota Kinabalu dan saksi yang hadir adalah daripada PETRA serta Jabatan Air Negeri Sabah (JANS)," katanya.



Disiarkan pada: November 16, 2024 @ 8:46pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1155845/pac-adakan-prosiding-projek-loji-rawatan-kumbahan-di-pulau-pinang




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48982 Replies : 26
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 4077 Replies : 3
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257005 Replies : 7116
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11042 Replies : 276
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47102 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan mangsa banjir dipercayai hanya menerima sebungkus biskut serta mi segera sahaja.
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 4892 Replies : 1
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 18896 Replies : 113

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.040135 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list