CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14526|Reply: 0

[Pulau Pinang] Reman 4 suspek rogol remaja disambung 3 hari lagi

[Copy link]
Post time 18-11-2024 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Reman 4 suspek rogol remaja disambung 3 hari lagi

Zuhainy Zulkiffli[email protected]




EMPAT lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol bergilir-gilir remaja berusia 14 tahun. FOTO Zuhainy Zulkiffli




Balik Pulau: Reman empat operator kilang yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol bergilir-gilir remaja berusia 14 tahun di Bayan Lepas, pada 10 November lalu disambung tiga hari lagi.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin yang bertindak sebagai Majistret, berkuat kuasa esok hingga 21 November ini.

Perintah reman berkenaan membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap semua suspek yang bekerja sebagai operator kilang itu mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Terdahulu, empat lelaki warga tempatan itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan, berakhir hari ini.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan mengenai kejadian berkenaan membabitkan suspek yang berusia antara 20 hingga 25 tahun.

Mangsa yang masih bersekolah dikatakan keluar dari rumah pada jam 12.30 pagi sebelum dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki di sebuah rumah sewa di Jalan Sungai Ara 3 di sini.

Mangsa mendakwa mengenali suspek pertama pada April lalu menerusi kenalan bagaimanapun remaja terbabit tidak mengenali suspek lain.



Disiarkan pada: November 18, 2024 @ 10:58am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1156271/reman-4-suspek-rogol-remaja-disambung-3-hari-lagi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.070434 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list