CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16813|Reply: 0

[Sabah] CUEPACS Sabah hargai komitmen kerajaan negeri terhadap penjawat awam

[Copy link]
Post time 18-11-2024 12:26 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sabah menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Sabah atas komitmen terhadap kebajikan penjawat awam.

Pengerusinya, Ajulahin Japin berkata, pengumuman bonus sebulan gaji atau minimum RM3,000 yang akan dibayar pada Januari 2025 adalah satu langkah bersejarah.

Katanya, ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan yang pastinya akan meningkatkan motivasi penjawat awam di seluruh negeri.

“Bonus terbesar dalam sejarah negeri Sabah untuk penjawat awam ini mencerminkan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan tidak ternilai yang diberikan oleh penjawat awam.

“Ia menjadi bukti bahawa pentadbiran negeri menghargai pengorbanan dan dedikasi penjawat awam dalam memastikan perkhidmatan kepada rakyat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan,” katanya.

Di samping itu, katanya, pelaksanaan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2024 adalah satu pencapaian penting dalam meningkatkan taraf kehidupan penjawat awam.

“Skim ini bukan sahaja menawarkan saraan lebih baik tetapi juga menyediakan kerangka kerja yang selari dengan keperluan dan tanggungjawab semasa perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ajulahin yang juga Presiden Sabah Medical Services Union turut memuji komitmen kerajaan dalam meningkatkan isu kebajikan pekerja sektor awam.

Menurutnya, langkah-langkah ini pasti akan mendorong produktiviti lebih tinggi serta memperkukuh komitmen penjawat awam untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat Sabah.

“Saya menyeru semua penjawat awam agar terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, mengamalkan integriti, akauntabiliti dan profesionalisme dalam setiap tugas yang dijalankan.

“Skim Saraan Perkhidmatan Awam yang baharu menuntut penjawat awam untuk memperolehi ilmu pengetahuan serta berintegriti tinggi dan dapat menggalas tanggungjawab yang diberikan.

“Justeru, CUEPACS Sabah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Menteri dan kerajaan negeri Sabah atas sokongan penuh serta pengiktirafan terhadap sumbangan penjawat awam,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.064711 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list