CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22070|Reply: 0

[Sarawak] Tiong gesa lapor segera sebarang kemalangan libatkan pelancong

[Copy link]
Post time 19-11-2024 12:16 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Agensi pelancongan dan syarikat pengangkutan berkaitan harus melaporkan dengan pantas berhubung sebarang kemalangan yang membabitkan pelancong bagi membolehkan tindakan segera diambil, kata Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia Datuk Seri Tiong King Sing (gambar).

Beliau dalam kenyataannya semalam, menekankan pentingnya setiap agensi pelancongan dan syarikat pengangkutan yang membawa pelancong untuk melaporkan sebarang insiden melibatkan pelancong dengan segera.

"Kelewatan dalam membuat laporan tidak sepatutnya berlaku kerana dibimbangi akan memberi kesan negatif yang mana laporan pantas dan tepat membolehkan kementerian saya bertindak segera," jelasnya.

Jelas Tiong, ia termasuk mengambil langkah bersesuaian dan berkesan dalam memberikan bantuan serta jalan penyelesaian kerana reputasi industri pelancongan Malaysia akan terjejas sekiranya pihak berkaitan lambat bertindak dan cuai dalam mengendalikan sebarang laporan.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam masa sama katanya, sedang berbincang dengan pihak berkuasa berhubung pemindahan kuasa pengawalseliaan tertentu ke atas kenderaan pelancongan, termasuk bas pelancongan.

"Langkah ini akan membolehkan kami menyelaras langkah-langkah pengawasan, melaksana pembaharuan dan menguatkuasakan peraturan dengan lebih berkesan," tegasnya.

Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata beliau sendiri telah mengarahkan Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan untuk menangani perkara ini dengan serius dan berkesan.

Seharusnya ujar beliau, tidak patut wujud persepsi bahawa MOTAC tidak mengambil peduli berhubung isu pelancongan kerana secara tidak langsung ia mampu menjejaskan usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

"Tambahan pula, apabila berlaku insiden yang melibatkan pelancong, pihak kami akan bertindak dengan segera bagi memastikan penyelesaian berkesan serta mengekalkan komunikasi yang baik dengan semua pihak terlibat," jelasnya.

Agensi pelancongan katanya merupakan barisan hadapan dalam industri pelancongan dan menggalas peranan penting yang mana insiden berlaku sebelum ini telah menunjukkan bahawa perkara negatif boleh merosakkan imej pelancongan negara, menghakis keyakinan terhadap agensi pelancongan tempatan, dan hilang tarikan untuk menarik pelancong antarabangsa datang ke sini.

"Saya tegaskan dengan jelas, sama ada berlaku kemalangan berkaitan pelancongan atau insiden negatif lain, agensi pelancongan dan syarikat insurans mesti bertanggungjawab sepenuhnya dan bertindak segera," tambah beliau.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyaman lagi'
ultra78'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyama
Views : 4758 Replies : 12
ICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Netanyahu
MahathirinaICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Neta
Views : 101 Replies : 0
Miss Universe 2024 - Miss Universe Thailand
perrrghhhhMiss Universe 2024 - Miss Universe Thail
Views : 38387 Replies : 151
Rugi RM789 juta
maklukpenggodaRugi RM789 juta
Views : 29916 Replies : 13
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 10960 Replies : 280
Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan Perang Dunia III Sebelum Bapanya Angkat Sumpah
^CUN_GILA~.Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan
Views : 12090 Replies : 44
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 227164 Replies : 1787
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 235045 Replies : 6520
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 86911 Replies : 869
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 107664 Replies : 1750

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 1.766641 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list