View: 29641|Reply: 8
|
Haramkan penggunaan vape secara total - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah
[Copy link]
|
|
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan agar penggunaan rokok elektronik atau vape diharamkan secara total.
Baginda bertitah, saranan itu dibuat susulan kebimbangan baginda terhadap penyalahgunaan dadah yang semakin meningkatkan di Pahang, terutama dalam kalangan belia berdasarkan statistik oleh Agensi Anti Dadah Kebangsan (AADK).
Titah baginda, antara punca utama golongan muda terjebak dalam ketagihan dadah secara langsung dan tidak langsung bermula dengan penggunaan vape.
"Alat vape ini adalah alat yang merosakkan kesihatan. Saya akan menyuarakan kepada kerajaan supaya vape perlu diharamkan secara total.
"Tidak perlu diberi pertimbangan sewajarnya, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia," titah baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) 2024 di sebuah hotel di Kuantan, semalam.
Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan kebimbangan berhubung masalah penyalahgunaan dadah di Pahang.
Baginda bertitah, ini kerana Pahang kini menduduki kedudukan kelima teratas di seluruh negara dengan 11,750 penagih berdasarkan statistik AADK.
Titah baginda, sebanyak 57 peratus daripada jumlah penagih terbabit berumur antara 15 dan 30 tahun.
"Saya baru dapat taklimat daripada AADK yang mana di Pahang ini, kita nombor lima teratas yang mempunyai penagih dadah. Kebimbangan saya terhadap masalah dadah, khususnya di sekolah-sekolah di Pahang.
"Saya bimbang kalau ini tidak diambil perhatian, mungkin angka ini akan bertambah.
"Sudah sampai masanya ibu bapa di Pahang tidak kira kalau ada anak yang terlibat atau tidak terlibat, bangkit untuk membantu dan memberi nasihat sewajarnya," titah baginda.
Sumber- Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Begitulah selayaknya Tuanku..
sebelum nasi menjadi bubur, sebelum ramai keracunan, irreversible mcm kes hisap gam, better late than never.. vape ni asal dia tool untuk quit smoking rokok, skrg lagi senang nak letak flava dadah.. new kind of synthetic drugs |
|
|
|
|
|
|
|
Rokok tu patut diharamkan..dah puluh tahun fatwa rokok tu haram..9)10 penagih tu terdiri dari perokok |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai org melayu berniaga vape. Hmmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebaiknya .. banyak dah kes2 paru2 rosak gegara vape ni kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
meols agree. mohon tuanku dpt beri tekanan kat gomen utk buat sesuatu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi gomen kata tak haramkan vape..https://b.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=240926
Guano ni Tuanku? |
|
|
|
|
|
|
|
saranan yg sangat baik Tuanku, haramkan juga jualan rokok dan arak |
|
|
|
|
|
|
|
Haramlan rokok sekali tuanku...jgn jual terussss |
|
|
|
|
|
|
| |
|