CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11293|Reply: 4

Kerjasama PH-BN langkah paling strategik rampas Kedah - DAP Kedah

[Copy link]
Post time 19-11-2024 11:25 PM | Show all posts |Read mode






ALOR SETAR: DAP Kedah melihat kerjasama politik antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) ketika ini sebagai langkah paling strategik dalam usaha merampas semula negeri ini pada pilihan raya akan datang.


Setiausaha DAP Kedah, Teh Swee Leong, berkata usaha mengembalikan kepercayaan rakyat dan pengundi di negeri ini perlu dilakukan secara menyeluruh dalam semangat perpaduan yang kukuh antara parti politik terbabit.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Darul Aman menjelaskan, gabungan PH-BH dilihat menjadi asas penting dalam membawa perubahan politik yang bermanfaat kepada rakyat, sekali gus untuk merampas Kedah daripada Perikatan Nasional (PN).


"Kerjasama berpasukan adalah kunci utama untuk menawan kembali Kedah. Segala usaha harus berpusat kepada kebersamaan, tanpa mengehadkan pembabitan mana-mana pihak.


"Setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan membawa kekuatan tersendiri, dan semua pihak perlu diberi peluang untuk menyumbang demi kejayaan bersama.


"Tempoh ketika ini harus dimanfaatkan untuk memperbaiki kelemahan yang ada, mengukuhkan semangat akar umbi dan meningkatkan penerimaan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan. Fokus utama mestilah diberi kepada pelaksanaan dasar yang memenuhi keperluan rakyat dan membawa pembangunan mampan di Kedah," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO Pokok Sena, Mohd Farhan Ahmad, dilaporkan berpandangan DAP harus memberi laluan kepada parti lain dalam Kerajaan Perpaduan untuk bertanding di Kedah sekiranya berhasrat merampas negeri ini daripada PN pada pilihan raya akan datang.


Mohd Farhan dipetik berkata, ia berikutan senario politik di Kedah dilihat memerlukan pendekatan sedikit berbeza, dengan DAP dicadangkan diberi kerusi tambahan di negeri seperti Pulau Pinang, dan membiarkan UMNO, PKR serta AMANAH bertanding di negeri ini.


Mengulas lanjut, Swee Leong berkata, setiap parti yang membentuk gabungan PH-BN mempunyai peranan tersendiri dan menyumbang kepada pembangunan negara bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Setiap parti dalam gabungan ini perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat bawah rangka kerja Malaysia MADANI yang dibawa Perdana Menteri. Kita perlu memfokus kepada isu ekonomi, sosial dan kebajikan rakyat.


"Gabungan ini berpotensi menjadi pilihan utama rakyat Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Kerjasama erat antara semua parti dalam Kerajaan Perpaduan adalah kunci kepada kejayaan. Semangat perpaduan ini perlu diperkukuh untuk memastikan misi menawan kembali Kedah dapat dicapai demi kebaikan seluruh rakyat negeri ini," katanya.


Sumber - Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2024 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Puihhhhhh
Nampak rocket malas nak percaya
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
subsidi ditarik, hrga brg mncanak naik, byk yg dijnjikan utk rkyt smasa belum jd krjaan x ditunaikan, apa yg dimaki kpd najib, depa buat tanpa rasa bsalah. rsanya rkyat nk terima lagi ke x? maaf sbb terlampau berterus terang
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Gud luck
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 03:53 AM | Show all posts
kudaku gagah berani
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.031679 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list