CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14517|Reply: 9

MSF gesa bantuan dan perlindungan tanpa halangan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh

[Copy link]
Post time 20-11-2024 08:13 AM | Show all posts |Read mode






KUALA LUMPUR: Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) menggesa pihak berkuasa Bangladesh memastikan akses segera dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan, penjagaan, dan perlindungan untuk semua pelarian Rohingya.


Menurut MSF, sejak awal tahun ini pelarian Rohingya yang tiba di Bangladesh selepas melarikan diri daripada keganasan yang semakin memuncak di Myanmar, kini menghadapi cabaran besar termasuk keadaan penempatan yang terlalu sesak, kekurangan perkhidmatan penting, serta kemerosotan kesihatan mental.


"Beribu-ribu pelarian Rohingya tiba di Bangladesh dalam beberapa bulan kebelakangan ini, sementara yang lain dihalau atau ditahan semasa cuba melarikan diri dari Myanmar.


"Mereka yang berjaya sampai ke Bangladesh menceritakan kepada pasukan kami pengalaman ngeri yang mereka lalui, termasuk menyaksikan orang tersayang meninggal dunia di hadapan mereka, terpaksa menjual harta terakhir mereka, atau menanggung hutang besar untuk menampung perjalanan berisiko itu.


Yang lain memberitahu kami bagaimana mereka terpaksa bersusah payah untuk melintasi sempadan demi keselamatan, suatu usaha yang kadangkala mengambil masa beberapa hari," kata MSF dalam satu kenyataan pada Selasa.


MSF turut menyatakan bahawa di kem pelarian di Cox's Bazar, akses kepada makanan menjadi isu besar.


Orang yang sudah tinggal di kem berkata mereka terpaksa berkongsi makanan yang dicatu dan ruang dengan ahli keluarga yang baru tiba, yang tidak mendapat akses kepada perkhidmatan seperti tempat perlindungan, air, sanitasi, dan perlindungan daripada penyalahgunaan, eksploitasi, serta pengabaian, terutamanya terhadap kanak-kanak perempuan dan lelaki serta wanita.


Sejak Julai, MSF melaporkan peningkatan bilangan kanak-kanak bawah umur lima tahun yang mengalami kekurangan zat makanan yang sederhana dan teruk.


Isu ini terutamanya merisaukan bagi pelarian baharu, memandangkan akses kepada makanan dan penjagaan kesihatan di Myanmar hampir tidak wujud, katanya.


Kekurangan sumber yang kerap bagi respons kemanusiaan turut menyukarkan ketersediaan perkhidmatan penting, sekali gus menyukarkan pelarian Rohingya yang baru tiba untuk mendapatkan perkhidmatan kemanusiaan yang diperlukan.


MSF berkata bahawa usaha untuk memudahkan pendaftaran bagi pelarian Rohingya adalah penting, tetapi kelewatan dalam proses ini tidak sepatutnya menjadi halangan untuk memberikan perhatian segera.


"asukan kami merawat pelarian Rohingya yang baru tiba di kem, termasuk pesakit kritikal dan mereka yang cedera akibat konflik, dengan kecederaan daripada serpihan mortar dan tembakan.


Ada berkongsi kebimbangan mereka untuk mendapatkan bantuan kerana berisiko dieksploitasi atau dihantar pulang ke Myanmar," kata Orla Murphy, wakil negara MSF di Bangladesh.


"asukan kesihatan mental kami melihat bagaimana pelarian berdepan dengan trauma akibat keganasan yang mereka saksikan di tanah air mereka, sementara kekurangan akses kepada perkhidmatan kemanusiaan menambahkan lagi ketidakpastian dan memburukkan trauma mereka.


Kami melihat pelarian Rohingya yang baru tiba menunjukkan gejala tekanan, kebimbangan, dan kemurungan," kata Murphy.


Walaupun pihak berkuasa Bangladesh baru-baru ini berjanji untuk menangani keperluan mendesak pelarian Rohingya di kem, MSF menekankan bahawa tindakan segera perlu diambil agar semua pelarian yang tiba dapat mengakses perkhidmatan penting seperti makanan, air, tempat perlindungan, penjagaan kesihatan, pendidikan, dan perlindungan.- BERNAMA


Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 09:26 AM | Show all posts
Aku tak percaya pun apa auta semua yang kaum ni cerita. datang malezea boleh korek mata jiran. Sialan sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi tanggungjawab negara lain pulak memikirkan deme ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 09:49 AM | Show all posts
perangai barbarik, biadap, pengotor, siapa je nak terima, negara asal pun meluat...pastu sibuk merempat tempat lain, buat hal pulak kat negara orang... yang semak sangat nak lindung tu, kau beli la tanah kat mana2, sumbat semua kat situ...tengok la tak sampai 5 tahun dah sesak sebab jenis kuat membiak... Myanmar dah bagi tanah & tempat, sombong tak nak duduk situ, Bangladesh dah asingkan bagi penempatan pun buat perangai kat situ...kat bumi mana lagi kau nak duduk????
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 04:25 PM | Show all posts
byk2 pelarian, mmg rohingya ni paling dikecam mengatasi kesian huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 06:16 PM | Show all posts
jangan nagi derma kat rohingya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2024 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
make peace no war
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
harap bersabar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tolong menolong amalan mulia
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
harap semua selamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.716305 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list