View: 29169|Reply: 23
|
Pemilik restoran jual ayam goreng kunyit RM20 didenda RM10,000
[Copy link]
|
|
LANGKAWI – Seorang pemilik restoran didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana gagal menyimpan resit dan menyenggara rekod jualan seperti dikehendaki Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Tertuduh, Asyuni Mastura Basri, 22, mengaku bersalah bagi pertuduhan itu di hadapan Hakim Allan Suman Pillai.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, Asyuni yang merupakan pemilik premis di Jalan Pantai Chenang, di sini didakwa gagal menyimpan resit dan menyenggara rekod jualan dari Januari 2021 hingga 30 November 2023.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 53A(3) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, premis tersebut yang dimiliki tertuduh menjual masakan ayam goreng kunyit RM20 kepada orang awam sebelum kejadian tersebut tular di media sosial selepas dimuat naik pengadu pada 14 Januari lalu.
Selepas siasatan dibuat, tertuduh gagal mematuhi arahan pihak berkuasa yang dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 untuk mengemukakan invois jualan dan belian produk.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa KPDN, Mohamad Hezrin Abd Wahab, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sumber : – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm byk jugak denda 10k tu,
padan muka kau kaki semelih |
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga kecil naikkan harga tak boleh dan dihukum. Padahal dia tak paksa pun orang beli produk dia. Orang ramai tak terjejas apa pun dan bebas nak beli produk penjual lain. Produk dia bukan barang kawalan pun.
Tapi kerajaan naik harga sesuka hati, boleh pulak. Rakyat takde pilihan. Rakyat terjejas tanpa mampu buat apa2.
Macam ni la keadilan sosial kononnya.
Semoga para Menteri dan kakitangan awam yg menzalimi rakyat diazab dalam neraka yang paling bawah. |
|
|
|
|
|
|
|
Naper jual 20 ringgit tak boleh? Ko taknak beli takyah la beli |
|
|
|
|
|
|
|
berapa byk portion RM20 tu?
kalau dah 2-3 org makan mmg patut je harga tu.. ayam gunting yg seciput pun org jual 12hengget kann.. |
|
|
|
|
|
|
|
cm_vungtau: Naper jual 20 ringgit tak boleh? Ko taknak beli takyah la beli
mUNGKIN tokey kedai tak letak rega barangkali.. huhuhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
ko tak follow kes ni dari awal kot. dari ape yg aku baca la, peniaga ni tak letak harga, kastemer ni pakai main beli je skali tu kene caj smpi rm20. sbb tu customer tu hangen. kalau die tau harga mcm tu die pun taknak order kot. tak letak harga tu mmg satu kesalahan ye. even ko peniaga kecik di pasar malam pun, koyak kotak tulis pakai marker pen pun jadi la.
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi kat langkawi mmg mahal pun makananya.. even masuk toilet kat chenang mall tu mahal . |
|
|
|
|
|
|
|
sedap ayam goreng kunyit kat restaurant dia |
|
|
|
|
|
|
|
sedap ayam goreng kunyit kat restaurant dia |
|
|
|
|
|
|
|
berapa harga maksimum untuk ayam goreng kunyit? |
|
|
|
|
|
|
|
you boleh charge RM100 per plate ikut suka u..
tapi pastikan u papar harga untuk semua benda u jual..
kalau jumpa kedai tak papar harga, u boleh report kpdnkk..
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm e hailing lah boleh naik turun harga suka2 hati takde pun kena tindakan...ok je org semua...murah katanya....
|
|
|
|
|
|
|
|
tak patut peniaga mengenakan harga yg begitu tiggi kepada pelanggan |
|
|
|
|
|
|
|
Disebabkan RM20, habis kena londeh lain2 sebab tak simpan rekod. |
|
|
|
|
|
|
|
ni hah ayam kunyitnya....berbaloi ke tidak
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|