CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9463|Reply: 0

[Sabah] Shafie tidak matang sifatkan Belanjawan Sabah 2025 ‘gula-gula’ PRN

[Copy link]
Post time 21-11-2024 11:38 AM | Show all posts |Read mode


MOHAMMAD BAHRIN

KOTA KINABALU: Dakwaan Presiden Parti WARISAN, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal yang menyifatkan Belanjawan Sabah 2025 sebagai ‘gula-gula’ Pilihan Raya Negeri (PRN) dilihat tidak matang.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Likas, Mohammad Bahrin Abd Karim berkata, dakwaan itu tidak berasas sama sekali.

Katanya, kerajaan negeri berjaya membentangkan Belanjawan Sabah 2025 sebanyak RM6.421 bilion berbanding RM5.7 bilion pada tahun ini.

Menurutnya, Belanjawan Sabah 2025 itu membolehkan Sabah membangun secara Lestari serta meningkatkan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Hanya disebabkan Sabah menuju ambang PRN, maka Shafie dan pemimpin WARISAN sengaja mengaitkan Belanjawan Sabah 2025 sebagai belanjawan pilihan raya.

“Sedangkan semasa WARISAN menerajui kerajaan negeri tidak mampu membentangkan belanjawan sebaik Belanjawan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah Pakatan Harapan Plus (GRS-PH Plus) ini,” katanya.

Shafie semasa membahas Belanjawan Sabah 2025 pada Isnin lalu mendakwa tiada langsung dinyatakan untuk menoktahkan miskin tegar di Sabah.

Mohammad Bahrin berkata, Shafie lupa bahawa kerajaan Sabah memperuntukkan sebanyak RM488.5 juta bagi melaksanakan pelbagai program pembasmian kemiskinan di negeri ini menerusi Belanjawan 2025.

Katanya, selain bantuan khas RM300 sebulan selama setahun untuk golongan miskin dan miskin tegar, banyak inisiatif lain disediakan kerajaan untuk membantu rakyat negeri ini.

“Antara program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan kerajaan pada tahun depan ialah pembinaan sebanyak 3,000 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) dengan peruntukan RM250 juta di seluruh negeri,” katanya.

“Buat pertama kalinya bantuan ‘one-off’ sebanyak RM5,000 disediakan kerajaan negeri sebagai tanda keprihatinan kepada peniaga gerai kecil tepi jalan yang mempunyai lesen perniagaan sah.

Selain itu katanya, sebanyak RM214 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja di bawah peruntukan khas dan projek pembangunan kecil bagi pembinaan serta penyelenggaraan infrastruktur serta kemudahan awam di seluruh Sabah.

Sehubungan itu, Mohammad Bahrin mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan kempen parti pembangkang yang menafikan usaha dan komitmen kerajaan GRS-PH Plus dalam menoktahkan kemiskinan demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.669583 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list