CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10441|Reply: 0

[Sarawak] Teresang Dayak Sarawak berhasrat perluas keahlian seluruh Sarawak dan Semenanjung

[Copy link]
Post time 21-11-2024 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 21-11-2024 03:55 AM



Robinson (duduk tengah) bersama ahli jawatankuasanya selepas selesai bermesyuarat di Sibu, baru-baru ini.

SIBU: Persatuan Kebajikan Masyarakat Iban Sibu (Teresang Dayak Sarawak) berhasrat meluaskan lagi keahlian mereka ke seluruh Sarawak termasuk di Semenanjung Malaysia.

Presidennya Robinson Corey berkata, setakat ini persatuannya mempunyai beberapa bahagian di negeri ini termasuk satu di Semenanjung Malaysia.

"Setakat ini, persatuan kami mempunyai bahagian di Sibu, Kanowit, Julau, Kuching, Bintulu, Miri, Limbang dan Selangor.

"Kami juga turut mempunyai kumpulan/bahagian wanita persatuan yang merangkumi semua tempat.

"Persatuan kami telah mencapai seramai 100 orang ahli setakat tahun ini," katanya kepada Utusan Borneo di sini, hari ini.

Robinson memberitahu dengan adanya penglibatan ahli dari kawasan lain yang mendaftar, ia akan membolehkan mereka membentuk bahagian mengikut daerah masing-masing di bawah Persatuan Kebajikan Masyarakat Iban Sibu (Teresang Dayak Sarawak) sebagai cawangannya.

Justeru, katanya lagi, dengan memperluaskan keahliannya ke kawasan atau daerah-daerah lain ia akan membolehkan objektif persatuan dapat dicapai apabila program-program berasaskan kebajikan dapat dijalankan dengan lebih lancar.

"Saya amat mengalakkan individu-individu yang berbangsa Iban/Dayak dari daerah-daerah di serata Sarawak termasuk kawasan di Semenanjung Malaysia dapat menjadi ahli kami agar jangkauan aktiviti kebajikan kami dapat dilaksanakan dengan lancar," jelasnya sambil memberitahu bahawa keahlian hanya terbuka kepada mereka yang berbangsa Iban/Dayak sahaja.

Sementara itu, beliau berkata persatuan mereka baru sahaja selesai mengadakan Mesyuarat Siri 3/2024 di sini, baru-baru ini.

Jelasnya, tujuan mesyuarat itu adalah untuk memilih jawatankuasa baharu bagi sesi 2025.

"Semasa mesyuarat, kami turut membentangkan program kebajikan kami sepanjang tahun ini.

"Persatuan ini hanya menjalankan program-program kebajikan sahaja untuk membantu golongan yang susah.

"Kami juga bersetuju untuk terus menfokuskan program serta hal-hal kebajikan untuk membantu masyarakat yang susah memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama," ujarnya lagi.

Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah naib presiden Natanael Sumping, Pengerusi Cawangan Sibu Lineker Indang dan naib pengerusi Cawangan Sibu Jackie Sang.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.420722 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list