View: 9639|Reply: 16
|
[Tempatan]
70 hingga 80 peratus kos perjalanan PM ke lima negara ditanggung syarikat swasta
[Copy link]
|
|
Berita Harian.
Oleh Fahmy A Rosli - November 21, 2024 @ 11:47am
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di tanah air selepas mengadakan lawatan ke empat negara iaitu Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil bermula 9 November lalu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kos sekitar 70 hingga 80 peratus yang dibelanjakan membabitkan perjalanan dan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima negara ditanggung oleh syarikat swasta yang turut mengikuti urusan itu.
Anwar berkata, ia adalah pendekatan lain di bawah pentadbirannya untuk memastikan perbelanjaan bagi membiayai lawatan rasmi ke luar negara diuruskan dengan secekap mungkin.
Beliau berkata, syarikat yang membantu membiayai kos perjalanannya adalah mereka yang mempunyai kepentingan perniagaan dan pelaburan di negara ini.
"(Lawatan) Baru-baru ini kita buat cara lain sebab saya lihat kos perjalanan selalunya agak tinggi. Jadi, kali ini apa yang kita lakukan adalah dengan kerjasama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz).
"Kita undang syarikat-syarikat terbabit umpamanya PETRONAS, Sapura Energy, Yinson, PROTON dan (syarikat semikonduktor) yang datang mengikuti dalam rombongan (negara). Mereka bayar tambang dan kos.
"Jadi, maknanya tak salah saya sekitar 70, 80 peratus kos penerbangan itu ditanggung oleh syarikat yang ada kepentingan perniagaan pelaburan. Kerajaan bantu syarikat ini sama ada import dan eksport.
"Jumlah sebenarnya belum ada (perincian) sebab saya baru tiba semalam, tetapi kos itu memang tinggi kerana dari KL (Kuala Lumpur) ke Kaherah, Riyadh, Lima, Rio de Janeiro dan Doha.
"Memang setengah dunia, tiga benua. Tetapi (sekitar) 75 peratus kos ditampung oleh syarikat berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.
Sebelum ini, Anwar melakukan lawatan kerja ke China dari 4 hingga 7 November lalu atas jemputan daripada rakan sejawatnya Li Qiang untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China ketujuh (CIIE ke-7) di Shanghai.
Selepas itu, Perdana Menteri mengadakan lawatan ke Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil bermula 9 November sehingga kelmarin.
Lawatan selama 11 hari ke empat negara itu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuh kerjasama strategik dan menjana potensi pelaburan besar bagi Malaysia.
Dalam rangka lawatan itu, Anwar mengetuai delegasi Malaysia antaranya ke Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-31 di Peru dan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Brazil.
Pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi, Anwar menyeru masyarakat dunia untuk membina kesepakatan bagi menggantung atau menyingkirkan Israel daripada keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Perdana Menteri turut membawa pendirian Malaysia dalam memperjuangkan keadilan untuk Palestin serta mengecam kekejaman Israel di persada dunia selain menekankan bahawa Putrajaya tidak pernah mengiktiraf kewujudan negara Israel secara diplomatik.
Dalam lawatan empat negara itu, Anwar turut bertemu pemimpin dunia serta menyatakan komitmen Malaysia dalam memacu pertumbuhan mampan termasuk semasa menjadi Pengerusi Asean 2025.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 21-11-2024 01:01 PM
Sorang je?..kak wan tak ikot skali ke sopim2 mkn angin mcm Rosmah dulu2..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bangnon ni sedar tak apa yang dia cakap ni?
Kalau syarikat-syarikat yang dijemput gomen sponsor transport-makan-minum PM masa lawatan, takde conlict of interest ka nanti?
Ke syarikat2 tu semua ikhlas & sudi pro-bono tanpa mengharapkan balasan?
|
|
|
|
|
|
|
|
...... jangan sampai rasa terhutang budi pulak |
|
|
|
|
|
|
|
BeskotCekelat replied at 21-11-2024 12:58 PM
Bangnon ni sedar tak apa yang dia cakap ni?
Kalau syarikat-syarikat yang dijemput gomen sponsor tra ...
persoalan sama masa baca tajuk tapi glc kan yg list kat atas? |
|
|
|
|
|
|
|
So dlm ertikata lain guna proxy la supaya perbelanjaan tu tak dicapture oleh MOF/treasury. Gitu..??? |
|
|
|
|
|
|
|
BeskotCekelat replied at 21-11-2024 12:58 PM
Bangnon ni sedar tak apa yang dia cakap ni?
Kalau syarikat-syarikat yang dijemput gomen sponsor tra ...
Ngn pmx kita ikhlas nak....kita tada 'udang di sebalik maskapai'..... |
|
|
|
|
|
|
|
tungkai replied at 21-11-2024 02:15 PM
So dlm ertikata lain guna proxy la supaya perbelanjaan tu tak dicapture oleh MOF/treasury. Gitu..???
Ish ish ishhhh
Takkan. La
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni kalau ada mesyuarat di luar negara tetapi invite private company ikut dan tanggung kos tak salah ya. |
|
|
|
|
|
|
|
GLC beberapa kerat jer & byk syarikat2 swasta lain yg share the cost.
|
|
|
|
|
|
|
|
penjawat awam lain nak ke luar negara x boleh disponsor oleh syarikat swasta...tapi PMX???? wahhhhhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
BeskotCekelat replied at 21-11-2024 12:58 PM
Bangnon ni sedar tak apa yang dia cakap ni?
Kalau syarikat-syarikat yang dijemput gomen sponsor tra ...
Itulahhhh suprise bila baca statement tu. Mesti rasa mcm habis bijak kan?
Ikutkan x sesuai kan. Sbb mencipta ruang2 salah guna disitu |
|
|
|
|
|
|
|
Syarikat ape yg bermurah nk derma mcm2 utk pergerakan Al-Juburi..? Takde conflict of interest ke..? Hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
patut la ijjah ikut...pet ada sponsor...pet kan baru bukak petrol stesen kat brazilll..... |
|
|
|
|
|
|
|
This is out of this world..
Sapa yang nak sponsor saya terima..
Najib boleh claim yang 1MDB yang sponsor dia luar dan dalam.. apa salahnye?? PMX kata ok... SRC kalau nak sponsor takkan saya nak tolak.. Derma Arab nak bagi pun saya amik.. sekarang PMX pun mengalu2 kan sumbangan..
Pi mai, pi mai tang tu.. lagi teruk orang yang pung pang nak banteras rasuah, tapi tak tau apa dia rasuah...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|