CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5197|Reply: 3

[Dunia] Indonesia negara paling pemurah, Malaysia tempat ke-20

[Copy link]
Post time 21-11-2024 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh KOSMO!
21 November 2024


INDONESIA menjadi negara paling pemurah untuk tahun ketujuh berturut-turut. - Foto AFP


JAKARTA – Indonesia mengungguli tempat pertama negara paling pemurah di dunia untuk tahun ketujuh berturut-turut dalam Indeks Pemberian Dunia apabila sembilan daripada 10  rakyatnya mendermakan wang bagi tujuan amal, lapor portal berita VNExpress semalam.

Menurut Indeks Pemberian Dunia (WGI) 2024 oleh Yayasan Bantuan Amal (CAF), enam daripada 10  warga Indonesia  turut meluangkan masa mereka untuk membantu orang lain.


Indonesia menduduki tempat pertama dengan mendapat 74 markah dan berjaya mengatasi Myanmar pada 2017, kata CAF.

Indeks itu dikeluarkan berdasarkan kaji selidik yang dilakukan pada 2023, termasuk maklum balas daripada 145,702 responden di 142 buah negara dan wilayah. Setiap responden perlu menjawab tiga soalan mengenai tindakan mereka tentang badan amal.

Soalan itu berkisar sama ada responden mendermakan wang untuk badan amal dan meluangkan masa secara sukarela bagi membantu organisasi berkaitan serta menolong orang tidak dikenali.

Purata maklum balas positif dikira untuk menghasilkan skor indeks bagi setiap negara dengan markah berkisar antara 0 hingga 100 mata.

Kenya menduduki tempat kedua dengan 63 mata, meningkat daripada tempat ketiga tahun lalu.

Singapura pula naik 19 anak tangga untuk menduduki tempat ketiga dengan 61 mata ekoran inisiatif kerajaan yang menggalakkan pemberian amal dan sukarelawan.

Selebihnya daripada tujuh negara dalam kedudukan 10 teratas ialah Gambia, Nigeria, Amerika Syarikat (AS), Ukraine, Australia, Emiriyah Arab Bersatu dan Malta.

Myanmar pula menduduki tempat ke-19 diikuti Malaysia di tangga ke-20 yang mendapat 50 markah untuk mengatasi Norway (21) dan Britain (22). – Agensi  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah pi Ndon tapi rasanya bab hospitality, deol lagik baik banding Malaysia.

Pehtu aku harap Malaysia tiru Ndon Jakarta buat no cars hour tiap Ahad. Dari pagi jam berapa ntah sampai 10am, takda keta kat jalanraya. Instead rakyatnya ramai2 guna jalanraya tu jalan kaki, jogging, main beskal, beriadah la pendek kata. Interesting concept.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
malunya ummah terpaling fulastin kalah dgn sepet Singapork ranking #3..

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke? Negara pemurah ke, atau kita nak kena jadi pemurah kalau pegi sana? Sebab penjual2 jalanan mengekor dari hotel smpai tempat2 yg ditujui.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.065148 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list