View: 6554|Reply: 4
|
[Tempatan]
Peragut toreh lengan wanita samun RM500 di Klang
[Copy link]
|
|
Peragut toreh lengan wanita samun RM500 di Klang
https://www.kosmo.com.my/2024/11 ... mun-rm500-di-klang/
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
21 November 2024, 5:04 pm
KLANG – Kejahatan seorang lelaki yang mencederakan dua beranak ketika merompak berakhir apabila diberkas di sebuah rumah di Taman Sentosa Perdana di sini, baru-baru ini.
Penahanan suspek tempatan berusia 25 tahun dibuat kira-kira pukul 6.30 petang pada 17 November lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisoner Cha Hoong Fong berkata, penangkapan susulan laporan polis diterima daripada seorang wanita berusia 30 tahun yang telah kerugian RM500 selepas dirompak dua suspek lelaki menaiki motosikal kira-kira pukul 8.20 malam, Sabtu lalu.
Katanya, semasa kejadian wanita tersebut bersama ibunya berusia 60 tahun sedang berjalan kaki menuju ke tempat letak kereta di Jalan Batu Nilam 4, Bandar Bukit Tinggi 1 di sini.
“Dua beranak itu kemudiannya telah didatangi dua suspek yang menaiki sebuah motosikal lalu mengacukan pisau ke arah mangsa sebelum berlaku pergelutan antara mereka.
“Suspek telah bertindak menoreh lengan tangan kanan mangsa dan jari tangan kii ibu mangsa dan mengambil beg tangan mangsa sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan kejadian itu, kedua-dua mangsa menerima lima hingga 10 jahitan selepas dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.
Hoong Fong menambah, semakan rekod mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau dadah dan satu rekod berkaitan jenayah.
“Suspek kini direman enam hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan semasa melakukan rompkan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda atau sebat,” katanya.
Beliau turut menegaskan, lelaki tersebut juga adalah suspek kes ragut yang tular baru-baru ini dengan kejadian berlaku di daerah Klang Utara. -KOSMO!ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
boleh toreh balik tak lengan si peragur |
|
|
|
|
|
|
|
org tu berjalan kot, kot ye pun ragut je la sampai toreh2 ni mmg jahat giler.
padan muke kene tgkap |
|
|
|
|
|
|
|
Binatang nyaaa..ragut je lah jgn.la sampai sampai toreh org..mereput la ko 20 tahun dlm jel! |
|
|
|
|
|
|
|
"lelaki tersebut juga adalah suspek kes ragut yang tular baru-baru ini dengan kejadian berlaku di daerah Klang Utara"
Kasi penjara & sebat la kalau mcm ni. Hidup menyusahkan orang. Akan dtg perkara & hukuman yg setimpal dia kena mcm mangsa2 ragut dia.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|