View: 16519|Reply: 10
|
[Tempatan]
Ibu maut, dua anak cedera kemalangan di LPT2
[Copy link]
|
|
Oleh Rosli Ilham
November 21, 2024 @ 4:37pm
[email protected]
Anggota polis dan bomba memeriksa kotak pembetung di mana Wan Asliza (foto kecil) tercampak selepas kemalangan di LPT2 dan meninggal dunia. - NSTP/ ROSLI ILHAM
DUNGUN: Seorang wanita maut manakala dua anaknya cedera selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 341.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sebelum susur keluar Plaza Tol Kuala Dungun, pagi tadi.
Kemalangan berlaku kira-kira 10.15 pagi menyebabkan Wan Asliza Wan Abdullah Sani, 44, yang berasal dari Kota Jalan Sultan Yahaya Petra di Kota Baharu, Kelantan maut di lokasi kejadian
Dua anaknya, Wan Nur Nisa Qistina Wan Zulfan, 20 dan Muhammad Ayyash Mikael Nordin bersusia setahun enam bulan hanya cedera ringan.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Persona dipandu Wan Asliza dari Kuantan menghala Kuala Terengganu dipercayai terbabas sebelum melanggar kotak pembetung konkrit di sebelah kiri lebuh raya.
Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh tingkat lapan bangunan sekolah
Wanita hilang sejak Jumaat, hanya kenderaan ditemui
'Teruskan bicara kes Daim, jangan ada pihak cuba selindung di sebalik kematiannya'
Wanita hilang sejak Jumaat, hanya kenderaan ditemui
Mangsa dikatakan tercampak ke dalam kotak pembetung konkrit dan meninggal dunia.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Penolong Penguasa Bomba Mohd Rizuan Ramli, berkata sembilan anggota yang dikejarkan ke lokasi membantu mengangkat mayat mangsa dari kotak pembetung sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,
"Dua kanak-kanak dipercayai anak mangsa ketika itu sudah dikeluarkan orang ramai," katanya.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir, berkata mangsa mengalami kecederaan pada kepala meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mayat kemudian dihantar ke Bilik Forensik Hospital Dungun, sementara dua anak mangsa yang cedera ringan dihantar ke Hospital sama untuk rawatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ada anak umur 20... kawen umur 14 ke |
|
|
|
|
|
|
|
Iols nak.komen.berita ketiga
Ni yang kereta kaler silver tu ek?
Dalam gila tu |
|
|
|
|
|
|
|
camne tercampak..tak pakai seat belt ke ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai tercampak sebab tak pakai seatbelts meninggal. Kesian anak2 arwah. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahiwainnailaihirajiun... salam takziah |
|
|
|
|
|
|
|
Takde ke berita eksiden yg kat putrajaya malam tadi tu?
Aku mcm konpius ngan eksiden tu sbb ada sebut mangsa wanita hamil
Tp masalahnya ibu tunggal dan wanita bujang
Taktaulah kalau wartawan dapat salah info ke apa.
Kemalangan kul 1 pg, naik viva 4 orang langgar divider. |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 21-11-2024 06:45 PM
camne tercampak..tak pakai seat belt ke ek?
confirm tak pakai la tu...elok plak ada pembentung tak katup situ ternganga lagutu
anak yg kecik tu pun silap hb tak guna cs kalau dak takkan tercampak.
btw, jauhnya jarak anak sulung dgn anak bongsu |
|
|
|
|
|
|
|
Melihat kepada abam² polis yang berbaju hujan tu, kebarangkalian besar insiden berlaku sewaktu hujan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kata umur ank 20 dgn setahun 6 bln
Kat bwh plak tulis 2 kanak2 ank dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|