View: 78599|Reply: 25
|
Lawatan rasmi PM jimat hampir sejuta ringgit kata Fahmi Fadzil
[Copy link]
|
|
Putrajaya: Kerajaan berjaya menjimatkan hampir sejuta ringgit membabitkan kos penerbangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi rasmi dalam lawatan ke lima negara, baru-baru ini.
Menjelaskan perkara itu, Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata, kerajaan hanya menanggung RM1.662 juta, berbanding RM2.5 juta jika menggunakan pesawat rasmi sedia ada.
Jelasnya, kerajaan membayar sepenuhnya untuk kos penerbangan Perdana Menteri bersama delegasi rasmi dan tidak dibiayai oleh mana-mana syarikat.
"Untuk makluman semua, jumlah kos penerbangan sewaan khas pesawat MAS jenis Airbus A350, jumlah kos penerbangan sewaan khas ini adalah sebanyak RM6.162 juta.
"Yang dibiayai oleh Kerajaan Malaysia untuk delegasi rasmi berjumlah RM1.662 juta bersamaan dengan 27 peratus daripada kos keseluruhan, manakala delegasi perniagaan membayar 73 peratus daripada jumlah terbabit ataupun RM4.5 juta," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi diminta memberi penerangan berhubung isu berkenaan kerana ada beberapa pihak cuba memberi bayangan dan persepsi yang jauh daripada realiti.
"Lawatan rasmi Perdana Menteri Yang disertai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Menteri Luar serta dua timbalan menteri, sememangnya bertujuan untuk memperkukuh hubungan ekonomi perdagangan dan diplomatik.
"Delegasi perniagaan yang menyertai lawatan ini adalah sepenuhnya dibiayai oleh syarikat itu sendiri dan ini mencerminkan minat kukuh syarikat Malaysia terhadap peluang perdagangan dan pelaburan di negara serta rantau yang dilawati," katanya.
Beliau berkata, semua urusan sama ada membabitkan penginapan dan pengangkutan delegasi Perdana Menteri diuruskan sepenuhnya sama ada oleh kerajaan atau penganjur acara seperti Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dan G20.
"Jadi tidak timbul isu bahawa penginapan, makan minum, penerbangan ditanggung oleh syarikat. Syarikat-syarikat ini mempunyai niat sama dan tujuan pelaburan di negara yang dituju," katanya.
Mengenai tular gambar anak Anwar, Nurul Izzah yang dilihat berada pada lawatan rasmi Perdana Menteir ke luar negara, Fahmi menegaskan, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dijemput oleh penganjur atas kapasitinya sebagai pengarah kumpulan pemikir, SERI.
"Saya tidak menyertai lawatan terbabit, tapi saya teliti fitnah dan tohmahan jahat yang dibuat oleh pelbagai pihak. Saya sudah mendapat pengesahan daripada ketua setiausaha akhbar Perdana Menteri bahawa Nurul Izzah dan juga Pengerusi ISIS, Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah dijemput oleh penganjur," katanya.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan dah mula terima donation? |
|
|
|
|
|
|
|
Iye iye
Of kos 112% purcaya
With confirm investment biliyun2 hasil dari lawatan tu kan?????
Word!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
mana dah cai2 depa dlm ni. x backup |
|
|
|
|
|
|
|
pergi salah x pergi pun salah |
|
|
|
|
|
|
|
Wah purcayaaaaaaaaaaaaalah mesti masyukkkkkkk
Berbeliyunnnnnnnnnn beliyun
Bagiro
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 23-11-2024 09:26 AM
Mengapa masihsaja ada yang meributkan cost lawatan PMX Imam Mahdi ke seluruh dunia ?....
Mungkin mereka belum tahu dan paham bahwa sekarang seluruh dunia sudah takluk dan tunduk dibaah perintah dan kuasa Malaysia .. sebuah pencapaian yang X pernah berhasil diwujudkan sejak era kejayaan dan kebesaran empayar melaka ...
Berkat Anwar .... Malaysia berhasil menjadi ... bukan saja PENGUASA ALAM MELAYU tetapi juga menjadi PENGUASA DUNIA ... Menjadikan Bahasa Melayu menjadi Bahasa Resmi Dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pemimpin kebangkitan umah islam dunia ....TAHNIAH ....Hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Pandainya gomen skrg cari jln berjimat. Kalau le dari dulu gini kayo negara..
Ni kiranya mmg takde pa pe benefits dah kan |
|
|
|
|
|
|
|
"... pesawat MAS jenis Airbus A350, jumlah kos penerbangan sewaan khas ini adalah sebanyak RM6.162 juta.
"Yang dibiayai oleh Kerajaan Malaysia untuk delegasi rasmi berjumlah RM1.662 juta..."
Baru nak kata kenapa tingkap pilot kapal tu macam A350 rupanya memang A350. Siap sewa kapal besar macam pergi haji.
Btw number yg Fahmi quote tu bukan typo eh?
|
|
|
|
|
|
|
|
asal kau tak perlu masuk bajet kau kan......
humban je bajet org lain.
apa beza benda kau buat ni dgn korupsi off balance sheet financing gomen ah jib gor?
ada beza ke? sama je korup. babi. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 23-11-2024 10:16 AM
"... pesawat MAS jenis Airbus A350, jumlah kos penerbangan sewaan khas ini adalah sebanyak RM6.162 j ...
Tak .....a350 blh sumbat dekat 500 passenger, ni yg ikut nuart tu suma bawak laki bini anak beranak mentua, ipar duai, kawan sekampung ke hapa? |
|
|
|
|
|
|
|
kasibiman replied at 23-11-2024 11:04 AM
asal kau tak perlu masuk bajet kau kan......
humban je bajet org lain.
Pahmi ni tin kosong dia mana tau subject acc. Mintak ketua audit negara datang opis pmx je ......tu pun klau ada teloq laaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
typo maksud aku 'RM6.162 juta vs RM1.662 juta'. Nice numbers kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Siap ank2 pmx ikut skali..sumpah cikai betul pmx..trip keje pun fmly ikut sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
PMX punya klaim - Perjalanan saya hampir 90% di tanggung syarikat swasta
Fahmi punya klaim - PMX - ditanggung kerajaan. Swasta sendiri tanggung.
Mcm tu je dia perbodohkan budak2 X |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 24-11-2024 12:01 AM
Mengapa hal remeh temeh dan X penting ini masih anda ributkan ?
Bukankah nama baik dan kehormatan Malaysia sebagai negara dengan bangsa yang mahabesar atau mahawangsa dan juga berstatus sebagai penguat kuasa alam melayu yang maha luas itu lebih berharga dan bernilai ketimbang DUIT ... Hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
apa beza delegasi perniagaan dengan syarikat swasta hahaahahahahah..pmx ckp lain pahmi ckp lain
tu la dulu galak sgt rapuiji mengata ah jib membazir bwk private jet khennnn..kurma dan kifarahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Iols ghasa rugi sepenuhnya.. xi p sana sini sinun nampaklah sign sana sini sinun.. dia dok juai ailio.. member cakap ucapan dia cam tin kosong |
|
|
|
|
|
|
| |
|