CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44992|Reply: 9

Permohonan maaf kepada rakyat Jepun, China susulan kemalangan, bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan, King Sing

[Copy link]
Post time 27-11-2024 04:01 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menjelaskan bahawa permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan serius yang berlaku di negara ini melibatkan pelancong kedua-dua negara itu.


Menerusi hantaran di Facebook, King Sing berkata, permohonan maaf itu tiada kaitan sama sekali dengan isu papan tanda yang diperkatakan ketika ini.


"Saya memohon maaf (kepada mereka) atas kelemahan di pihak kami dalam memastikan keselamatan pelancong dan bukan sekadar memohon maaf tanpa alasan.


"Menjadi tanggungjawab kita sebagai tuan rumah untuk memastikan pelancong dapat menikmati percutian mereka dengan selamat dan gembira.


"Apabila pelancong datang ke Malaysia dengan harapan untuk bercuti tetapi berakhir dengan tragedi tidak diingini, ia sesuatu yang amat menyedihkan bagi mangsa serta ahli keluarga mereka,” katanya.


King Sing berkata, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) perlu mengambil langkah serius untuk memastikan perkara seperti itu tidak berulang.


Mengenai isu papan tanda, beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat berkomunikasi dengan peniaga secara baik agar perkara tersebut tidak dipanjangkan hingga mencetus ketegangan.


Selari dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa rakyat Malaysia ialah satu keluarga, King Sing berkata, semua pihak seharusnya menjaga keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat, tanpa menimbulkan ketegangan.


Beliau turut mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin yang cuba mencetuskan isu perkauman serta menjejaskan keharmonian rakyat.


Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin, mereka sepatutnya bertindak dengan lebih bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah dan bukannya mencipta masalah.


Beliau turut mempersoalkan peranan dimainkan Mas Ermieyati ketika memegang jawatan Timbalan Menteri (MOTAC) khususnya dalam meningkatkan kedatangan pelancong.


King Sing berkata, kerajaan kini bekerja keras dan berusaha untuk membantu peniaga kecil khususnya di tepi jalan supaya mereka dapat meningkatkan perniagaan dan memberi kehidupan yang lebih baik kepada keluarga.


Selain itu, beliau juga amat terbuka untuk menerima sebarang teguran dan kritikan yang membina namun berharap semua pihak dapat bersatu hati dalam mencari jalan penyelesaian yang konstruktif.


"Jika saya melakukan kesilapan, saya akan dengan rendah hati mengakuinya dan memperbaikinya namun saya berharap kita tidak terus mencetuskan huru-hara dan ketegangan terutamanya dengan isu yang tidak membawa manfaat kepada negara.


"Saya memohon jasa baik semua untuk sama-sama melihat kesusahan rakyat dan fokus kepada kemajuan negara kerana kita harus menonjolkan imej serta contoh positif negara kita di mata dunia,” katanya.


Sumber - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2024 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Melibatkan bukan Menglibatkan.

Tu la kalau bodoh Bahasa Melayu tapi nak duduk di negara berbahasa kebangsaan Melayu.

Selepas itu ,ada hati  hendak memperjuangkan bahasa dan kebudayaan Cina di tempat awam tanpa rasa malu dan jijik sebagai pendatang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila ko nak memfus dari jawatan tersebut?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sedo diri
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak lg pelancong dari negara lain, yg ko hadap sgt dgn cina apesal?

Lg 1, yg  ko pi layan seko pelancong cina yg x faham papan tanda bhs melayu tu dah knp? Aku cabar sing kong ni pg usa pastu merempan dgn menteri pelancongan sana komplen knp xde tulisan cina kt epot boleh? Mmg hanat la dia ni jd muntri
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 27-11-2024 06:25 PM
Banyak lg pelancong dari negara lain, yg ko hadap sgt dgn cina apesal?

Lg 1, yg  ko pi layan seko  ...

sedarer maaaa.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2024 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
menteri pelancongan jepun
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
boleh claim tak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2024 08:38 AM | Show all posts
bodoh dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 10:13 AM | Show all posts
yg aci terjerlus dan x jumpa2 smpi skrg die ada bunyi tak

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.080389 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list