View: 51583|Reply: 19
|
“Saya sangat gembira dengan kehidupan sekarang. Walaupun tiada anak" – Hazama reda rawatan IVF tidak berjaya
[Copy link]
|
|
Tidak terlalu tertekan soal anak, penyanyi Hazama berlapang dada meskipun masih belum dikurniakan cahaya mata selepas tujuh tahun berkahwin.
Biarpun isterinya iaitu pemuzik Genervie Kam pernah menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) pada tahun lalu, Hazama atau nama lengkapnya Hazama Ahmad Azmi, 40, reda apabila usaha mereka tidak berhasil.
“Saya sangat gembira dengan kehidupan sekarang. Walaupun tiada anak, tetapi saya gembira. Alhamdulillah saya bersyukur dengan segala rezeki.
“Memang perasaan sedih itu ada, tetapi saya reda. Jika bertanyakan tentang perkara ini kepada saya, sejujurnya tiada apa-apa kerana hal sebegini lebih sensitif kepada wanita.
“Apa-apa pun kami sudah berusaha sebaik mungkin. Kita tetap akan berusaha untuk mendapatkam cahaya mata. Apa yang boleh saya katakan, masih belum rezeki,” katanya kepada Kosmo! Online.
Hazama yang ditemui dalam majlis pelancaran album kedua bertajuk Pujangga di sini semalam turut memberitahu tidak bersedia untuk menjalani rawatan IVF kali kedua kerana kos yang tinggi.
“Proses IVF memerlukan kos yang tinggi dan memandangkan saya baru saja menggunakan duit simpanan untuk menerbitkan album baharu berjudul Pujangga.
“Kami pernah melakukan rawatan IVF tahun lalu, tapi tidak berhasil sebab ada masalah sepanjang prosedur itu dijalankan. Banyak pengorbanan yang perlu dibuat jika mahu proses itu berhasil seperti perlu berehat panjang dan tak boleh berada dalam keadaan tekanan.
“Isteri saya sebelum ini pernah hamil luar rahim sehingga terpaksa melakukan pembedahan dan membuang satu tuib dan ia agak berisiko sekiranya hamil sekali lagi,” katanya yang menyambut ulang tahun ke-40 semalam.
Tambahnya, setiap perkara yang berlaku itu tentu ada hikmahnya begitu juga tentang rezeki anak.
“Kami sebenarnya baik-baik saja walaupun belum dikurniakan anak sebab kami dikelilingi anak buah yang sentiasa bersama kami. Saya rasa kalau ada anak sekarang mungkin kerjaya kami berdua agak terbatas.
“Kerjaya seni ini memerlukan dedikasi yang tinggi dan saya percaya sementara masih ada permintaan, saya perlu bekerja dan bagi mendapatkan sumber pendapatan.
“Bidang kerja saya bukan dapat gaji bulanan. Tak semua bulan ada tawaran kerja. Jadi apabila ada tawaran saya ‘kutip’ dulu. Saya pun tak tahu bila tempoh berehat tapi mungkin apabila tiada tawaran itu adalah waktu berehat saya. Cuma sekarang ini sementara masih sihat saya kerja dulu,” katanya.
Untuk info, Hazama berkahwin dengan Genervie pada 14 Januari 2017.
Sumber : Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lali. Dah get used to it.
Bila da sampai fasa ni, mmg kita dah boleh move on. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Hazama tidak putus asa dn terus berdoa semoga pada satu hari kelak Allah akan kurniakan anak. InsyaAllah, kalau ada rezeki tak akan kemana. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga hazama dan isteri dipermudahkan urusannn aminnn |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus dia.. semoga dipermudahkan dapat zuriat.. aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
suka jawapan dia
tidak merentan
belum rezeki untuk dapat anak sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus juga cara Hazama jawab soalan, sejuk je rasa nak doakan rumahtangga Hazama n wife, semoga diberikan yang terbaik oleh Allah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak perasan pun dia takde anak selama ni |
|
|
|
|
|
|
|
InsyaAllah akan ada rezekinya. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
sy pun gembira dgn kehidupan awak sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
ok je ama.. hidup pun tkde kacau orang bersederhana mmg lebih baik |
|
|
|
|
|
|
|
Suara Hazama la Satu2nya penyanyi yg agak baru bagi aku la yg aku mampu tadah telinga telinga. Suara dia best. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti ada berubat tu, cuma tak war2 kan aja. Selalunya mcm2 orang cuba, dan yg paling last adalah IVF.
|
|
|
|
|
|
|
|
Prickford replied at 30-11-2024 08:34 AM
Mesti ada berubat tu, cuma tak war2 kan aja. Selalunya mcm2 orang cuba, dan yg paling last adalah ...
payah dah nak cari org yg pandai berubat kg. my cousin hari tu ada belajar dgn makcik kitorg. ambik gambar segala jenis pokok nak buat buku. tp dia tu keje oil and gas celah mane nak pergi berubat org. mati dkt keturunan ni jelah ilmu tu |
|
|
|
|
|
|
|
Insyaallah, rezeki Allah tu luas. Mungkin tiada rezeki dikurniakan anak,tapi rezeki mendapat isteri, keluarga, kawan kawan yang baik. Mungkin juga belum rezeki lagi nak ada anak. Stay positif jgn dilayan kalau ada yang cuba nak jadi batu api |
|
|
|
|
|
|
|
Wife dia umur berapa? Mcm tak cina sangat wife dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
wife dia ni dah level2 pengarah muzik khen?
tak silap konsert hmi dgn ajl ada sheols ni |
|
|
|
|
|
|
|
Biarkan jela org yg xde rezeki anak ni..jgnlah ditanya2..sebok btol... |
|
|
|
|
|
|
|
yg penting happy udah
dia holiday gi mana tu bestnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|