CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56534|Reply: 15

[Tempatan] 7 kanak-kanak ditahan ketika beraksi bersama basikal lajak

[Copy link]
Post time 30-11-2024 11:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 29-11-2024 07:50 PM



7 kanak-kanak ditahan ketika beraksi bersama basikal lajakOleh
Malinda Abdul Malik -

  29 November 2024




Kesemua mereka ditahan bagi proses dokumentasi sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing.

GEORGE TOWN – Padah beraksi di jalan raya menggunakan basikal lajak, tujuh kanak-kanak lelaki ditahan polis bagi proses dokumentasi dalam kejadian di Lebuh Relau 4, dekat sini, semalam.



Menurut laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, kesemua kanak-kanak berusia 11 hingga 13 tahun itu kemudian diserah kepada ibu bapa dan waris masing-masing pada hari sama.


“Berdasarkan aduan orang awam terdapat aktiviti sekumpulan kanak-kanak bermain basikal lajak di jalan raya kawasan berkenaan sehingga mengganggu ketenteraman sekali gus  berbahaya kepada pengguna jalan raya.



Antara basikal lajak yang ditunggang kanak-kanak tersebut.


“Susulan itu, pihak polis buat rondaan sebelum mendapati seramai tujuh kanak-kanak lelaki sedang bermain basikal lajak.


“Kesemua kanak-kanak itu dibawa ke Balai Polis Sungai Nibong bagi tujuan dokumentasi sebelum diserah kepada waris penjaga masing-masing,” katanya, hari ini.


Sehubungan itu, polis menasihatkan ibu bapa agar sentiasa mengawasi pergerakan dan aktiviti anak masing-masing bagi memastikan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti yang berbahaya kepada diri sendiri dan orang lain.


Terdahulu, tular rakaman video memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain basikal lajak di jalan raya meskipun ketika cuaca hujan. – MalaysiaGazette






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2024 11:47 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantar Sam Ke Ting?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2024 12:47 PM | Show all posts
Dah besar sok buleh la adek-adek ni join himpunan sampah RXJekk 12.0 merempit kat LPT.
Dah nampak dah matlamat hidup tu ke arah mana.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2024 01:21 PM | Show all posts
Edited by nolya at 30-11-2024 01:26 PM

Bagi mengelakkan aktiviti ini berlaku tanpa kawalan dn membahayakan lalu lintas, kenapa tidak PBT setempat bina satu kawasan/laman di mana kanak2 boleh beraktiviti dgn basikal lajak mereka seperti ruang meluncur basikal dn beraksilah, berakrobatik/somersault. Ini adalah satu solusi kanak2 trs beriadah dgn basikal lajak mereka sambil mengasah bakat kemahiran mereka bersukan demi mengurangkan stress dn keterujaan anak2 remaja dgn sikalajak ini.  Tentang keselamatan dlm  permainan ini, pandai2lah mereka mengambil langkah2 keselamatan spt memakai pad pada anggota sendi2, topi keledar, basikal dijamin dlm keadaan baik.  Parents juga perlu mainkan peranan tubuhkan satu kumpulan aktiviti basikal lajak dgn melantik seorang instruktor mengajar anak2 dlm bidang permainan/sukan sikalajak ini. Yurannya, tong-tonglah ramai2 di kalangan ahli2 member. ADUN setempat tak nak terfikirkan kah?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2024 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
boh dlm lokap bdk2 tu 48hrs biar depa rasa.
makpak tu plak denda skali.

biasa fmly camni sejenis tegar, dia buat tatau je stakat kene ambil anak di balai laguni. anak pun depa blh lepas main beskal gitu menyusahkan org.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2024 03:18 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 30-11-2024 03:21 PM

budak2 ni mana ada duit nak beli basikal ni semua.
akal pun masih kurang.
mak bapak budak2 ni semua yg ada duit,
beli anak basikal lajak dan motor.

elok saman, sesi kaunseling,
dan dakwa parents ke mahkamah.
bagi mereka rasa duduk lokap.
baru mereka taubat
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2024 04:01 PM | Show all posts
Salah kerajaan negeri!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 30-11-2024 01:21 PM
Bagi mengelakkan aktiviti ini berlaku tanpa kawalan dn membahayakan lalu lintas, kenapa tidak PBT se ...

Basikal ni dia kena main kat atas highway atau jalan biasa, baru kick. Klu jalan mcm di litar sepang tu, mmg x dak sapa nak main. Basikal ni nak kena ada bukit. Baru laju.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2024 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Jaime anaknya baek.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2024 09:02 PM | Show all posts
Apoo replied at 30-11-2024 05:57 PM
Basikal ni dia kena main kat atas highway atau jalan biasa, baru kick. Klu jalan mcm di litar sepa ...

Itulah yg saya maksudkan, iaitu satu litar yg dibina jalan berbukut, berlurah atau laluan bertangga, atau arena yg separuh lengkung, maka mereka bolehlah menghayunkan basikal mereka mengikut lekuk laluan trs.  Kalau pernah tengok gambar remaja2 yg ada main basikal, menonggeng2 basikal dgn gaya akrobatik : berjalan dgn roda depan saja, mengayuh sambil lepas tangan, atau membuai2 gaya kiri-kanan laluan atau turun-naik tangga berbasikal, mcm2 gaya boleh dibuat tapi di laman/litarnyalah agar tak ganggu lalulintas awam dn menyebabkan eksiden.

Sambil kita ingin mncegah aktiviti sikalajak ni, apa kata kita fikirkan juga satu solusi yg lebih menggalakkan kpd remaja2 yg suka kpd kegiatan lasak begini. Namun diperingatkan juga segala akibatnya ditanggung sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2024 10:30 PM | Show all posts
Baguslah. Aku cukup tak suka tengok basikal yang takde brake ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2024 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Penjara anak, sebat mak bapa.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2024 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Masih wujud lg eh basikal lajak ni.
Rumah iols lepas polis asyik buat serbuan, hilang terus
geng2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2024 10:48 AM | Show all posts
Boleh masuk dalam produk pelancongan musim tengkujuh Penang..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2024 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti ada yg nanges2 nak balik.. hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.062338 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list