View: 39917|Reply: 36
|
Azira Shafinaz intai peluang kembang bakat ke Indonesia
[Copy link]
|
|
Pelakon Azira Shafinaz mengakui tidak tertekan dan mahu berusaha lebih gigih selepas memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-61 di sini, malam tadi.
Azira juga menganggap dirinya masih belajar sekalipun hampir sedekad bergelar anak seni.
"Saya tak akan cepat rasa puas dengan pencapaian ini. Tidak pernah juga rasa nak 'stop' (berhenti) di sini.
"Walaupun sudah 10 tahun tapi saya rasa banyak benda lagi nak kena belajar. 'Level' (peringkat) untuk karya-karya baharu juga saya banyak belajar daripada orang-orang baru. Dari situ juga ia dapat membantu saya sebagai seorang pelakon.
"Saya tidak menyangka dapat pengiktirafan luar negara pada anugerah ini. Terima kasih FFAP. Pencapaian ini juga membuatkan saya rasa bangga dengan diri sendiri." katanya ketika ditemui Harian Metro pada malam anugerah FFAP itu.
Lakonan mantap Azira dalam filem seram, Indera arahan Woo Ming Jin membolehkan dia memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik sekali gus mengatasi saingan karya rantau Asia lain.
Mengenai lakonan lagi, Azira juga anggota kumpulan De Fam menjelaskan sememangnya ia menjadi minat utama sejak dulu lagi.
"Sebelum menyanyi dengan De Fam lagi saya memang sudah simpan hasrat jadi pelakon tetapi saya menyerlah dengan De Fam dari situ saya guna peluang itu untuk berlakon dan pada masa sama terbabit sebagai penyanyi.
"Alhamdulillah saya rasa penat lelah itu berbaloi. Saya harap banyak lagi peluang-peluang yang akan diperolehi," katanya yang mahu mengembangkan bakat ke luar negara seperti ke Indonesia.
Aktres jelita itu melakar sejarah dalam karier lakonannya buat kali kedua diiktiraf di peringkat Asia selepas menjulang trofi Pelakon Wanita Komedi Terbaik pada Anugerah Kreatif Akademi Asia (AACA) tahun lalu.
Azira mengakui cabaran besar membawakan watak dalam filem Indera serta berjaya mewujudkan keserasian yang baik bersama pelakon seperti Shaheizy Sam.
"Filem ini menjalani penggambaran ketika pandemik. Alhamdulillah saya berjaya membentuk keserasian yang baik bersama pengarah dan pelakon.
"Filem ini menampilkan sisi berbeza dan memerlukan emosi serta ekspresi yang cukup kuat berbanding dalam mana-mana filem lakonan saya sebelum ini," katanya.
SUMBER: – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
tapi retis kita yg tembus pasaran sana pun gitu2 ja kecuali bront tu
papepun intai2 je peluang sinun kot2 ada kan |
|
|
|
|
|
|
|
comel azira gambar kt atas tu.. dh mcm muka leona |
|
|
|
|
|
|
|
Jap Indera tu aku xpernah tau citer tu..tp azira lepas kurus ni nmpak muda plak |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah..
Selalu jugak rakyat kita menang festival ni kan... Tp anugerah dlm msia idoklah pulak berpihak. |
|
|
|
|
|
|
|
Berlakon movie atau sinetron?
|
|
|
|
|
|
|
|
Comey plk
Nmpk cm jen tiktokers Indonesia yg laki mati excident tu
Apa pn i rase x xkemane kot klo pg indon
Sbb dieorg pn terlampau rmaai |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kecut badan dah iras ummi nazeera lah pulak |
|
|
|
|
|
|
|
hokeypokey replied at 2-12-2024 06:01 PM
comel azira gambar kt atas tu.. dh mcm muka leona
iols lak nampak cam bcl |
|
|
|
|
|
|
|
bambimo replied at 2-12-2024 06:37 PM
Jap Indera tu aku xpernah tau citer tu..tp azira lepas kurus ni nmpak muda plak
Tak tayang kat Malaysia lagi
Baca pasal filem ni menarik gak
Filem Indera (2024) arahan Woo Ming Jin akan menjadi pembuka tirai untuk Malaysia International Film Festival (MIFFest) 2024 yang akan berlangsung pada 21 hingga 28 Julai ini.
Indera merupakan sebuah filem psycho-thriller yang diterajui oleh barisan pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Azira Shafinaz, Samara Kenzo, Ruminah Sidek dan lain-lain.
Berlatar belakangkan tragedi Peristiwa Memali pada tahun 1985, filem ini berkisarkan tentang seorang balu dan anak perempuannya yang sering mengalami 'mysterious visions' di sebuah kampung terpencil.
Selain itu, tayangan perdana Indera juga telah diadakan di Korea's BIFAN film festival yang berlangsung bermula 4 Julai hingga 14 Julai ini.
Klip pendek filem Indera ada disediakan di bawah. Kredit kepada akaun Youtube MIFFEST.
Belanja Mat Don ko-fi : https://ko-fi.com/matdon
#sinematdon
#filemindera
Greenlight Pictures
Shaheizy Sam Samad
Azira Shafinaz
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ekselen replied at 2-12-2024 08:00 PM
iols lak nampak cam bcl
yelaa..macam bcl pun ada..
yg penting semua comel & manis.. |
|
|
|
|
|
|
|
missyL replied at 2-12-2024 07:29 PM
Comey plk
Nmpk cm jen tiktokers Indonesia yg laki mati excident tu
Tgk si bini pak azad la... Ms memula pg sana nk jd pnyanyi, kemai gebang migrate indon utk kembangkan bakat. Buat satu lagu je kot... Tuptup balik msia jual shampoo |
|
|
|
|
|
|
|
Lain pula rupa dia gmbr atas tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Biar btol gmbr tu Azira??.... Apsal nmpk mcm amoi Jinjang jer..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa muka diaacam lain? |
|
|
|
|
|
|
|
bambimo replied at 3-12-2024 12:04 AM
Tenkiu U bg info
I ingt kan dh keluar..tp sendu
Pelik gak takkan movie Sam berlakon sendu..
Aku kadang tertanya juga knp ye pilem tu walau blm ditayangkan mmg boleh je terus hantar bertanding eh?
btw aku hrp cite ni tak sendu la bila ditayangkan nnt
Selalunya pilem award material mmg sendu je kat panggung tp bila masuk netflix kemain meletop2 plak.
|
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 3-12-2024 12:41 AM
Biar btol gmbr tu Azira??.... Apsal nmpk mcm amoi Jinjang jer.....
Sbb dh kuruihhh lepas makan sekali sehari je puasa 16 jam hahah
Mmg gambar dia le tuh, kat fb dia byk skit la gambar dia post ngn award tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|