ANTHONY Loke menyerahkan topi keledar percuma kepada penunggang motosikal yang menerima lesen B2 pada Program MyLesen Peringkat Negeri Sembilan. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap.
Jelebu: Tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula kenderaan untuk diperiksa oleh syarikat pengeluar kereta berkaitan bagi memastikan keselamatan ketika di jalan raya.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata panggilan semua adalah pengumuman rasmi daripada JPJ kepada pemilik kenderaan.
Katanya, sebelum ini jika terdapat masalah kenderaan berkaitan isu teknikal, syarikat pengeluar akan mengeluarkan notis memanggil semula
"Namun, pemilik kenderaan biasanya tidak mengendahkan notis pengumuman itu dan beranggapan ia adalah perkara remeh.
"Sekarang, kita menetapkan sekiranya didapati ada masalah teknikal terhadap kenderaan, syarikat perlu memaklumkan kepada JPJ sebelum jabatan itu akan membuat pengumuman memanggil semula kenderaan untuk diperiksa.
"Pemilik perlu peka dengan setiap pengumuman berkaitan perkara itu dan menghantar semula kenderaan ke bengkel ditetapkan oleh syarikat dengan kos ditanggung oleh syarikat berkenaan," katanya ditemui selepas merasmikan Progeam MyLesen Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Besar Kuala Klawang di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) Datuk Jana Santhiran Muniayan dan Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli.
Anthony Loke berkata, pemilik berdepan risiko keselamatan ketika menggunakan kenderaan berkenaan sekiranya mengabaikan proses memanggil semula itu.
Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata menerusi program MyLesen, seramai 35,000 golongan B40 sudah memiliki Lesen Memandu Malaysia (LLM) kelas B2, lesen vokasional PSV dan GDL bagi bas,e-hailing dan lori bagi tahun ini.
Di Negeri Sembilan katanya seramai 2,239 berjaya memperoleh lesen B2 menerusi program MyLesen sepanjang tahun ini.
"Dengan sasaran kepada golongan belia anak Orang Asli, program MyLesen dapat membantu golongan berkenaan memiliki lesen dengan harga siling ditetapkan bagi mendapatkan lesen B2 adalah RM350 seorang," katanya.
Disiarkan pada: Disember 3, 2024
|