CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32316|Reply: 8

‘Tiada kena-mengena’ – Stacy nafi lagu Menyala ada unsur sindiran

[Copy link]
Post time 6-12-2024 04:30 PM | Show all posts |Read mode





Nafi menyindir pihak tertentu, penyanyi Stacy menegaskan elemen etnik masyarakat Sabah yang dimuatkan dalam muzik video lagu baharunya bertajuk Menyala tiada kaitan dengan pengunduran diri daripada konsert A Night With Sumandak Star November lalu.


Sebaliknya Stacy atau nama lengkapnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 34, memberitahu lagu tersebut sudah lama dirakamkan.


“Sebenarnya lagu itu sudah lama dibuat iaitu selepas selesai menjayakan program The Hardest Singing Show sekitar Julai lalu.


“Jadi memang tiada kena-mengena dengan apa yang berlaku sekarang. Terpulang kepada fahaman mereka sendiri untuk mentafsirnya.


“Jika itu yang mereka ingin lihat pergerakan cerita sebegitu, terpulang kerana ini kan industri hiburan,” katanya.


Stacy yang ditemui dalam majlis pelancaran single baharu bertajuk Menyala di sini semalam turut menegaskan sejak awal pembabitan dalam industri, dirinya sudah terbiasa menyuntik budaya dari negeri Sabah dalam lagu.


“Sejak dahulu lagi saya sudah memasukkan elemen Sabah dalam lagu. Bukan sekarang baru baru saya melakukannya. Sekiranya boleh diingatkan semula sejak dahulu lagi saya sudah memasukkan lirik lagu kenapa bah kau berubah dalam lagu Pakai Buang.


“Bukankah bah itu dialek orang Sabah jika mereka bertutur. Begitu juga dengan lagu Kasanova di mana pula saya masukkan elemen tarian Sumazau dalam lagu itu. Jadi seperti saya katakan tadi, saya memang sudah lama mengetengahkan budaya Sabah dalam lagu,” katanya.


Tidak lagi mahu memanjangkan soal penarikan diri di konsert A Night With Sumandak Star, Stacy turut menjelaskan ingin memberikan fokus terhadap penganjuran konsert solo yang dijadualkan bakal berlangsung di Sabah pada Jun tahun depan.


“Saya juga sudah memaklumkan kepada mereka tentang penganjuran konsert solo ini. Jadi, konsert solo ini juga salah satu sebab mengapa saya tidak bersama mereka dalam konsert itu.


“Bagi saya perkara ini hanya hal kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mungkin kerana melibatkan beberapa pihak, jadi khalayak merasakan penarikan diri saya itu perkara yang besar,” katanya.


Sebelum ini Stacy memaklumkan punca dia menarik diri disebabkan syarat diletakkan tidak dipenuhi pihak penganjur iaitu Orange International Entertainment.


Keputusan itu juga dibuat selepas beberapa syarat dan permintaan termasuk isu poster konsert tidak diambil serius dan menarik diri bagi menjaga reputasi kariernya.


Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2024 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
menyala stacy
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu2 tgk la af
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by annadonna at 7-12-2024 10:47 AM

Stacy ni ada class dan identity sendiri. Pandai bawa diri dlm industri. Cepat je dia faham sepak terajang industri and paling penting dia adalah trend setter bukan follower. Reputasi no 1 yg lain semua no 2 termasuk duit. Pasal tu dia akan bertahan lama. I like her.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
steady stacy
xdak kontroversi apapun seblm ni
biarkan luncai bsama labu2nya
let the toxic be the toxic
you already in yr own level
go stacy fly high
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
best gak lagu ni
mv pun gempak
tapi tgk dia performed lagu ni mcm kureng pulak
lakibini ni mmg patut teruskan buat lagu mcm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2024 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tang mana sedapnya lagu2 dia ni entahla..kalau betul berbakat dah tentu pi jauh macam CT ..atau ambil ziana zain masa muda pun dah cukup
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 7-12-2024 05:43 PM
Tang mana sedapnya lagu2 dia ni entahla..kalau betul berbakat dah tentu pi jauh macam CT ..atau ambi ...

Bg i lagu2 dia catchy sedap didengar compared lagu aina takde 1 pun melekat dlm kepala huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2024 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Stacy jauh lagi berbakat daripada enah bedul, bella stellah.. buat lagu pun pandai.. cuma lately suara macam jantan. Tapi nak banding dengan bella memang bertiang la tinggal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.478352 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list