View: 38260|Reply: 25
|
Menang bergaya, Trisha Ooi Pelakon Wanita Harapan FFM33
[Copy link]
|
|
Pelakon Trisha Ooi mencipta sejarah peribadi apabila berjaya merangkul gelaran Pelakon Wanita Harapan menerusi filem Janna Endoro pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33).
Menurut Trisha atau nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 25, anugerah tersebut membawa makna besar dan menjadi satu tanggungjawab untuk dirinya terus memberikan yang terbaik dalam dunia lakonan.
“Minta maaf, saya agak gementar. Saya ingin mengucapkan syukur dan terima kasih kepada ibu saya di rumah serta produksi yang percayakan bakat saya.
“Anugerah ini merupakan tanggungjawab yang lebih besar buat saya,” katanya dalam ucapan penuh emosi di atas pentas.
Trisha berjaya menewaskan empat lagi pelakon wanita hebat iaitu Harissa Adlynn (The Lord Musang King), Teoh Ying Pei (The King Of Musang King), Zera Hariz (Syif Malam), dan Takahara Suiko (Imaginur).
Ini merupakan kemenangan pertama Trisha dalam karier lakonannya sejak mula menceburi industri seni.
Filem Janna Endoro membawa kelainan tersendiri apabila mengetengahkan seorang wanita, Janna, sebagai watak utama atau hero, sesuatu yang jarang berlaku dalam industri hiburan tanah air.
Trisha melakonkan watak tersebut bersama barisan pelakon hebat seperti Pekin Ibrahim dan Wan Hanafi Su.
Filem itu menampilkan elemen-elemen kebudayaan Kelantan seperti seni mempertahankan diri Tomoi dan Muay Thai, seni persembahan Dikir Barat, Rambong, dan Main Puteri, selain menonjolkan keindahan Wat Siam.
Gabungan elemen ini memberikan nafas segar dan keunikan kepada filem tersebut.
Dengan kemenangan ini, Trisha dilihat sebagai bintang baharu yang mampu membawa nafas baharu kepada industri perfileman tanah air.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Kenal pon idok..sama mcm mak janda...xfemes lgsg pun masa menang award... |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni pandai
martial arts…..
|
|
|
|
|
|
|
|
dgr umum nama tu ingatkan cina, rupanya melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Who r yusss???? serius tak kenal, dh google pun tetap tak kenal.. nama mcm cina muka pun mcm cina.. tapi tahniah dik, nampaknya ko mmg btul2 jual bakat sampai kitaorg tak kenal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sukanyanyi at 9-12-2024 12:38 PM
Kenal sheols sbb ade blakon drama kol 7 ngan alip ajis, uols semua.. yg sheols jd drebar or something..
Edit: hisyam hamid derr, bukan alip. Thanks @rosewhite |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tu sheols saje sebut alhamdulillah n assalamualaikum supaya org tau sheols moslem.. iols dulu pon ingat pure chinese.. rupanya mix tgk nama kat atas tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dik harissa tu pon berbakat besar.. tp mungkin watak dalam pilem tak menonjolkan bakat sgt berbanding dik trisha ni.. dua2 pilem tak tgk tp judged based on clips sekejap yg dorang tayang |
|
|
|
|
|
|
|
dia adik badik ngan wanie oii yg melatah tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik trisha ni..memang betul pandai berlakon .ari tu tgk dia berlakon dgn alep ajis.boleh pergi jauh |
|
|
|
|
|
|
|
yg tu dgn hisyam hamid, my lovely driver
|
|
|
|
|
|
|
|
rosewhite replied at 9-12-2024 11:57 AM
yg tu dgn hisyam hamid, my lovely driver
Ya ampun, sori salah info. Iols tak tgk pon, cuma ingat sheols blakon ngan someone yg segak tinggi.. salah singaporean rupanyahhh. Thanks betulkan |
|
|
|
|
|
|
|
taniah ... dia memang pelakon bagus... dan bagus jugak attitudenya
. waktu dia erlakon dgn si alif aziz pun dia professional. takdelah nak kena berskandal mcm yg lain bagusla bdak ni..lakonan dia dalam pagari bulan pun best |
|
|
|
|
|
|
|
Kenal Trisha Oii masa dia berlakon Risik Pada Hati, jadi cousin Alif Satar dan anak kepada Ifa Puk Puk. Kelakar campur annoying dia dalam drama tu. Pastu cari info dia, rupanya artis lagak ngeri ke martial art sebelum ni. Lepas dari tu banyak juga dia berlakon. Baru2 ni kerap lalu lalang di tiktok cerita Senyawa. Iols tengok klip cerita tu, jauh beza dengan watak dia dalam Risik Pada Hati. Pada pendapat iols yang baru tengok 2 je drama lakonan dia, tapi watak yang sangat2 berbeza, minah ni memang hebat berlakon. Tak harapkan rupa tapi bakat dia besar. |
|
|
|
|
|
|
|
baru ni dia berlakon drama senyawa tu kan, dengan shah jazle & siti hariesa
memang padu lakonan dia |
|
|
|
|
|
|
|
Minah ni berlakon dlm one cent thief 2 jugak keluar bulan 1 nnti |
|
|
|
|
|
|
|
oh dia menang jugak ffm ek
tahniah tahniah
filem tu tak tgklah tapi drama2 dia berlakon mmg best je tgk |
|
|
|
|
|
|
| |
|