MERSING – Seorang kanak-kanak darjah empat cedera pada beberapa bahagian anggota tubuh badannya akibat terjatuh selepas dikejar anjing liar kelmarin.
Ibu mangsa, Izzaidah Ibrahim, 35 berkata ketika kejadian anaknya Nur Huwaidah Umayrah Abdullah, 10 sedang mengayuh basikal dari kedai datuknya di Tanjung Endau menuju pulang ke rumah mereka di Jalan Dato Mohd Ali, Endau.
Katanya kejadian berlaku kira-kira pukul 5.25 petang di mana ketika sampai di hadapan sebuah kedai kek, seekor anjing liar telah mengejar anak ketiga dari empat beradik itu.
“Oleh kerana ketakutan, anak saya telah mengayuh basikal secara laju untuk melarikan diri dari anjing tersebut sehinggalah sampai di hadapan kedai buku anak saya telah terjatuh ke dalam longkang.
“Mujur ada orang ramai yang menghalau anjing tersebut jika tidak keadaan mungkin menjadi lebih teruk. Ekoran kejadian itu anak mengalami cedera luka di bahagian pipi, dahi, kening, bahu, bibir dan lutut.
“Doktor juga memberikan cuti sakit selama dua hari dan meminta saya pantau keadaan anak jika dia muntah dan sebagainya namun alhamdulillah kecederaannya juga semakin memulih,” katanya ketika ditemui media di kediamannya semalam.
Izzaidah berkata, masalah anjing liar tidak pernah selesai di kawasan itu meskipun ada tindakan yang diambil.
Post time 13-12-2024 08:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kesian dik. Kat area rumah aku dulu ada kes anjing liar kejar bebudak kat playground. Sampai parents kena ambil giliran menghalau anjing ni tapi dorang pulak kena kejar. Sampai 1 hari tu anjing tu mengamuk & kejar budak2. Nasib baik ada satu rumah ni bertindak pantas panggil budak2 masuk rumah dia & tutup gate. RA hantar rakaman cctv kejadian tu dekat PBT & report kat ADUN, baru la sibuk2 hantar van tangkap anjing. Tapi yg mendatangkan geram ada pulak jiran yg acah2 PETA cakap kitorang ni "racist" terhadap anjing sebab x report pasal kucing
Post time 14-12-2024 08:26 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kesian tau budak2
Depa lari laju mana sangat..
Jiran iols anaknya sampai trrkoyak lutut sebab lari dari anjing..
Mbsj datang je amek anjing..ada cina2 ni kata kenapa amek anjing..anjing tu jaga taman ni
Tak kena kat dia..mmg la dia suka...
Naseb india yang tangkap anjing tu cakap ada budak masuk hospital sebba kena kejar anjing
anjing2 liar ni pun sebenarnya asal dulu dibela tapi dibuang oleh owner sendiri... pastu anjing2 terpaksa hidup mengikut naluri, jadi tahap ganas sampai serang manusia... so, bagi ai sesapa yg gigih bela menatang pastu buang camtu patutnya didakwa penganiayaan haiwan...