CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44778|Reply: 6

Penarik kereta mati ditembak polis ada 24 rekod jenayah

[Copy link]
Post time 13-12-2024 07:57 PM | Show all posts |Read mode





PASIR PUTEH – Seorang penarik kereta yang dipercayai terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah mati ditembak polis dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Jeram Pasu di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, suspek yang berusia 31 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, anggota polis pada awalnya mengekori sebuah kereta jenis Perodua Bezza dari Melor ke Jeram Pasu selepas mendapati kereta itu seperti dilihat cuba mengelak daripada polis yang menjalankan Operasi Jegah Jenayah.


Menurutnya, semasa tiba di simpang masuk ke Jeram Pasu, anggota polis bertindak memintas kereta itu sebelum suspek melepaskan tembakan ke arah anggota polis.


“Suspek kemudian keluar dari keretanya dan melepaskan beberapa das lagi tembakan ke arah anggota polis. Keadaan itu menyebabkan kejadian berbalas tembakan antara polis dan suspek.


“Lelaki tersebut ditembak mati di lokasi kejadian. Pemeriksaan terhadap suspek menjumpai sepucuk pistol jenis semi auto yang digunakan semasa kejadian tembakan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.


Mohd. Yusoff memberitahu, polis turut menjumpai sepucuk pistol tiruan dan sebilah parang di tempat duduk pemandu kereta


SUMBER : – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2024 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
takziah
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
telah tiba saat waktu
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Mudak agik
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 09:47 AM | Show all posts
Klu dh bnyk rekod jenayah gitu mmg elok lah habiskan terus..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Good riddance
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2024 10:09 AM | Show all posts
Elok la nih kalau yang ada rekod jenayah lampau yang menggugat keselamatan awam sudah mampus, belum lagi termasuk jenayah militan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.949306 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list