View: 53910|Reply: 31
|
Ustaz Kazim bimbang dengan istilah penunggang agama - "Ahli politik pun buat salah juga, kenapa tak dipanggil penunggang politik?"
[Copy link]
|
|
Putrajaya: "Berhati-hati dengan istilah penunggang agama sebab kadang-kadang apabila kita memburukkan agama, orang sudah tidak percaya pada agama kita," kata penceramah bebas dan pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias, 52, ketika diminta mengulas isu penunggang agama yang dikaitkan dengan segelintir pendakwah yang didakwa dengan pelbagai salah laku undang-undang ketika ini.
Mohd Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim berkata, Islam adalah agama yang suci dan tidak ternoda. Jika ada individu yang buat sesuatu kesalahan, kita tidak boleh letakkan kesalahan itu pada agama.
"Individu yang melakukan kesalahan itu yang bersalah, contohnya dari 1,000 orang hanya dua, tiga orang yang buat salah tetapi 1,000 orang yang betul takkan kita nak lupakan.
"Ada individu dalam kalangan ahli politik pun buat salah juga, kenapa tak dipanggil penunggang politik? Banyak orang yang terbabit dengan rasuah yang ditangkap dalam kalangan atlet dan pegawai sukan, kenapa tak dipanggil penunggang sukan?
"Saya bimbang dengan cerita seperti itu (ustaz dikaitkan dengan isu penunggang agama). Orang sudah hilang kepercayaan untuk menyampaikan agama," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan bonus filem lakonannya, Zim Zim Ala Kazim terbitan Mawi World Entertainment di sini.
Ustaz Kazim berkata, sebagai pendakwah dia sendiri mengajak orang ramai untuk mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW.
"Saya tidak mengajak orang untuk ikut saya sebaliknya ikut ajaran nabi dan agama Islam sebab kita sendiri pun buat salah. Saya jadi baik sebab aib saya belum ditunjuk sama seperti orang lain.
"Kita juga tidak tahu sejauh mana cerita itu benar atau tidak sebab itu kita ambil langkah diam kerana itu lebih selamat," katanya.
Ustaz Kazim berkata, dia juga banyak terbabit dengan sesi kaunseling bersama banduan di penjara dan mereka juga beritahu reda dengan keputusan undang-undang.
"Kita tidak tahu ada orang yang diperdaya dan dituduh dan mereka hanya berserah saja dimasukkan ke penjara.
"Kita juga tidak tahu mungkin dia sudah bertaubat dan kenapa kita nak bising lagi? Bila beri kaunseling di penjara, saya sendiri berasa insaf kerana banduan di sana boleh menghafal Al-Quran," katanya.
SUMBER : – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
huh??mende dia neh?dah dia politician mengapa pulak dia kena menunggang politaik?ada penunggang agama gunakan agama utk menipu,pau org...naya org
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hokeypokey at 13-12-2024 11:02 PM
ahli politik kami panggil politaik, politikus, pemakan duit haram dan mcm2 la lagi istilah keji..
penunggang agama tu macam kau, kau berdakwah bukan sbb tuhan or nk tegakkan syiar islam pun tapi sbb duit, nama, pangkat, glamour, penghormatan.. sbb tu golongan macam kau selalu tegakkan benang yg basah, cover geng2 mcm kau.. bab retis kau lah terpaling hero dan malaikat, bab geng2 macam kau yg salah pun tetap ko backup..
anak kau meliwat apa kau buat???
kau lagi keji dari setan |
|
|
|
|
|
|
|
Adan UKE |
|
|
|
|
|
|
|
hokeypokey: Edited by hokeypokey at 13-12 ... yg kes liwat tu menantu dia. Bukan anak kan |
|
|
|
|
|
|
|
lanacondor replied at 13-12-2024 11:40 PM
yg kes liwat tu menantu dia. Bukan anak kan
anak ler.. apo plak menantu, kalau menantu takde org bising.. siap nk saman menyaman.. |
|
|
|
|
|
|
|
Antara ramai2 asatizah...si kazzy ni yg aku paling nampak...dulu2 mana ada istilah penunggang agama, zaman arwah ust harun din...bila diorg ni muncul baru sama muncul istilah penunggang agama. |
|
|
|
|
|
|
|
Ahli politik pun menunggang agama juga |
|
|
|
|
|
|
|
Bertobat laaa
Sblm kifarah menimpamu
Tahun ni ramai yg mendapat cash atas perbuatan lampau tak rasa ke apa2?
Berhati2 dgn doa org teraniaaaayaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
ahli polotik penunggang melayu sama la mcm ko dulu tp tarik diri disaat akhir |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Penonggeng Agama macam mana |
|
|
|
|
|
|
|
aavakateimani replied at 14-12-2024 09:15 AM
ahli polotik penunggang melayu sama la mcm ko dulu tp tarik diri disaat akhir
Berceramah sambil berUMNO zaman Najib Razak |
|
|
|
|
|
|
|
UMNO dan PAS dua dua penunggang Agama.
Mahathir pun tunggang agama melalui JAKIM
Lepastu anak perempuan yang kepala biol tu suruh bubarkan JAKIM. |
|
|
|
|
|
|
|
Putrajaya: "Berhati-hati dengan istilah penunggang agama sebab kadang-kadang apabila kita memburukkan agama, orang sudah tidak percaya pada agama kita," kata penceramah bebas dan pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias, 52, ketika diminta mengulas isu penunggang agama yang dikaitkan dengan segelintir pendakwah yang didakwa dengan pelbagai salah laku undang-undang ketika ini. Dia ni paham ke idak apa yang dia sendiri cakap tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ahli politikus mmg majoriti ada kepentingan sndri,jadi bila dh bkuasa xdenya dyorg nk kisah org2 bcakap,hentam maki dyorg,nk jadi ahli politikus kena ada hati keras n tebal kulit muka...yg penunggang agama ni jauh lagi bahaya dari politikus,sebab dyorg boleh mempengaruhi org ramai,dh banyak kes kut...n maaf cakap dia ni antara penceramah yg suka betul cakap double meaning,mmg aq off terus kalo kuar tv |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab politik tak suci malah sinonim dengan tipu daya. Tapi agama adalah suci di fikiran ramai orang. |
|
|
|
|
|
|
|
dia terasa la teww...
anaknya dah blk msia ke?? (iols x bc habis artikel) jgn plak blk jd tokguru meliwat plak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg salah bkn gelarannya, tapi org yg digelar itu.awak Ustad tak p tegur org yg menunggang, tapi tegur org yg bagi gelaran plak. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 15-12-2024 11:29 AM
untong kan, jadi lobai2 akhir jaman
pegi ceramah, dapat duit beribu.
ada driver bawak, ada MPV mewah ke sana sini,
siap pasang bini 4 orang,
keje cuma ceramah
dah jadi macam paderi kristian,
mahsyukk, mewah.. duit banyak
zaman Nabi, sahabat dan tabi'in,
masing2 ada kerja sendiri, utk hidup,
takde sape yang bagi duit cash pada tok guru.
anak murid cuma bagi hadiah jer,
sebagai tanda penghargaan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|