CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 18119|Reply: 51

[Tempatan] Nahas ngeri Melaka: Tujuh termasuk bayi maut, 33 cedera

[Copy link]
Post time 24-12-2024 07:03 AM | Show all posts |Read mode
Nahas ngeri Melaka: Tujuh termasuk bayi maut, 33 cedera
Oleh KOSMO!
24 Disember 2024, 2:02 am



MELAKA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka mengesahkan tujuh individu termasuk seorang bayi perempuan maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 malam itu, mangsa lain yang maut adalah empat penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima, manakala dua lagi adalah pemandu serta penumpang sebuah bas persiaran.

Pengarah JBPM Melaka, Mohd. Pisar Aziz berkata, jumlah keseluruhan mangsa terlibat adalah seramai 40 orang dengan tujuh daripadanya telah disahkan meninggal dunia.

“Seramai 33 orang yang lain telah dihantar ke Hospital Melaka dan Alor Gajah serta sebuah hospital swasta kerana mengalami kecederaan dalam kemalangan ini.

“Jadi setakat ini kita mengambil masa lebih kurang dalam empat jam dan operasi ini semua sudah terkawal dan proses mengalihkan bas, treler, MPV serta muatan pakaian terpakai yang tercampak daripada treler itu sedang dilakukan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambahnya, semua mangsa yang maut telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka dan setakat ini pihaknya percaya tiada kenderaan lain terlibat dalam nahas berkenaan.

Kemalangan tersebut menyebabkan trafik sesak sejauh 10 kilometer dari kedua-dua arah dengan laluan dari arah Plaza Tol Ayer Keroh menghala ke utara ditutup sepenuhnya serta dilencongkan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya sedang mendapatkan maklumat penuh berkaitan nahas tersebut termasuk identiti kesemua mangsa yang terlibat. KOSMO! ONLINE



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2024 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.Takziah buat keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam Takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 07:49 AM | Show all posts
takziah kepada mereka sekeluarga. Semoga Roh-Roh mereka ditempatkan dikalangan hamba Allah yang beriman.

SPRM kena check sikit PUSPAKOM, memang ada banyak amalan rasuah kat sana kot. Makin banyak lori-lori yang tercabut tayar, pakai tayar celup dan lain-lain yang boleh mengakibatkan bahaya kepada orang ramai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2024 07:59 AM | Show all posts

Innalillahiwainnailaihirojiun

Takziah buat keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 07:59 AM | Show all posts
takde dashcam ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2024 08:00 AM | Show all posts
balik kg nk bercuti agaknya

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
cuti panjang byk accident, bencana alam etc
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 10:05 AM | Show all posts
lori yg jadi punca tu elok je kt tepi highway.. yg tak bersalah jd mangsa sbb sikap sambil lewa & cuai syrkt lori tu.. aku baca komen bdn driver bas putus..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
bnyk sngt kes lori skrg ni. sykt2 pengangkutan ni sedang berjimat ke bab penyelenggaraan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
BungaKencana replied at 24-12-2024 10:05 AM
lori yg jadi punca tu elok je kt tepi highway.. yg tak bersalah jd mangsa sbb sikap sambil lewa & cu ...

Allahuakbar...ngerinya.
tgk pada depan bas tu mmg teruk la.

salam takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 10:12 AM | Show all posts
syarikat lori ni tak selenggara lori betul2 ke... tak pasal2 7 org tak bersalah jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun
Salam takziah untuk keluarga yg terlibat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 10:24 AM | Show all posts
syamzana replied at 24-12-2024 10:12 AM
Allahuakbar...ngerinya.
tgk pada depan bas tu mmg teruk la.

tu lah.. dlm eksiden ni ada libatkan 4 kenderaan sbb polis ada sebut bas tu ada hentam bezza juga... estima bawah lori yg bawa bundle tu,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2024 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailahirojiun.  Siapa yg perlu didakwa bila berlaku mcm ni? Yg penyebab tu kalau terselamat mesti rasa lega nyawa masih panjang boleh pulang kepangkuan keluarga. Mggu depan boleh cari rezeki mcm biasa.
Harap jpj buat la setiap pintu masuk highway check dulu conditions kenderaan and pemandu. Kalau tak ok jgn bagi masuk jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainna ilahirojiun. Takziah kepada semua mangsa. Bukan nak cakap apa la, lately kat area rumah i byk jumpa lori yg bukan main laju, keluar simpang pun main keluar even masa tu kat main road tgh bz. Mentang² dia besar. Langsung tak peduli kenderaan lain

Seriau rasa bila nampak lori
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 10:36 AM | Show all posts
tempat tu dahla gelap bas tu xperasan tayar tu kan, bwk plak laju terus terbabas erm moga kes melibatkan lori yg bersalah ni diambil serius dan dakwa syarikat tu skali.

innalillahiwainnailaihirojiun pd semua mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnalilahirojiun.
Undang2 ada tapi penguatkuasaan malaysia ni lemah sangat. Tayar cabut, tayar celup, tayar botak, warga asing pun ada bawak lori. Di kawasan quarry pun siap ada tonto aman2 ikut jpj nak warning lori2 setan ni. Semoga syarikat lori yang ni kena saman sampai tinggal spender.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.056870 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list