View: 38588|Reply: 1
|
[Politik]
'Sambutan Aidilfitri nanti saya jemput pemimpin Pas' - Kor Ming
[Copy link]
|
|
sinarharian.com.my
NORMAWATI ADNANNORMAWATI ADNAN
27 Disember 2024
IPOH - "Saya akan jemput pemimpin Pas datang bila buat sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti".
Demikian reaksi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming susulan kenyataan Pemuda Pas berhubung isu sambutan Krismas yang tular baru-baru ini.
Naib Pengerusi DAP Pusat itu berkata, KPKT menjulang prinsip meraikan kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan dan keistimewaan masyarakat negara ini.
Menurutnya, sejak memegang jawatan menteri, kementeriannya meraikan semua perayaan bermula Tahun Baru Cina diikuti Aidilfitri, Deepavali dan seterusnya sambutan Krismas.
"Semua perayaan kita sambut dengan penuh keraian, kita tidak akan tunduk kepada ketaasuban dan ekstremis, sebaliknya menghormati.
"Kita menghormati umat Islam untuk merayakan Aidilfitri, pada masa yang sama, kita juga hormat warga kristian untuk menyambut Krismas.
"Video yang viral itu memang kita nak menunjukkan semangat muhibbah dan harmoni. Kakitangan KPKT yang menyanyikan lagu Krismas itu semuanya kalangan pegawai dari Sabah dan Sarawak, ramai dari keturunan kadazan," katanya.
Kibar bendera China: Pesuruhjaya Pas Perak mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan program Sentuhan Kejayaan KPKT 2024 di Parlimen Tambun di sini pada Jumaat.
Kor Ming berkata, kenyataan Pemuda Pas bahawa sambutan Krismas di pejabat kerajaan dan melibatkan penyertaan umat Islam tidak wajar hanya memberi gambaran bahawa parti itu bersikap hipokrit.
Katanya, pandangan itu bertentangan dengan suara dan ucapan selamat menyambut Hari Krismas yang dikeluarkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di media sosial, Selasa lalu.
"Ini menunjukkan tahap tertinggi darjah hipokrasi.
"Dalam satu masa mereka mengucapkan Hari Krismas kepada semua penganut beragama Kristian, tetapi pada masa lain pula, mereka cuba menghentikan penganut kristian menyambut perayaan. Apakah ini, saya sendiri pun kurang faham.
"Bila buat sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti, saya akan jemput pemimpin Pas datang dan saya harap mereka datang bawa kompang nyanyikan lagu nasyid untuk kita raikan juga," katanya.
Beliau dengan nada sinis juga menasihatkan agar Pas bertaubat dari terus merosakkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Ujarnya, parti itu perlu mengambil iktibar daripada kes melibatkan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang terpaksa memohon maaf berkaitan isu fitnah kibaran bendera China di Menara Condong, Teluk Intan Oktober lepas.
"Saya nasihatkan mereka fahami titah Yang di-Pertuan Agong yang menekankan perpaduan dalam kepelbagaian, ini jelas menyatakan kepelbagaian budaya adalah keistimewaan tanah air kita," katanya.
Pada Selasa lalu, Kor Ming memuat naik video berdurasi satu minit 48 saat di X yang memaparkan nyanyian dan sambutan perayaan krismas di pejabat kementeriannya.
Susulan itu, beberapa pemimpin Pas termasuk Naib Ketua Pemuda Pas, Muhammad Hanif Jamaluddin mengecam sambutan tersebut berikutan mendakwa ia turut melibatkan kakitangan beragama Islam.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jgn lupa jemput pas tau
Nyanyi lagu selamat gari raya by puan Sri saloma |
|
|
|
|
|
|
| |
|