Berserta kapsyen, Azza turut memuat naik foto memaparkan wajah bekas pekerjanya itu
Meskipun sudah membuat laporan polis sejak Oktober lalu, Azza memberitahu usaha menjejaki keberadaan lelaki terbabit masih gagal sehingga kini.
Jelasnya, dia tiada pilihan selain menyebarkan gambar bekas pekerjanya itu di platform media sosial atas nasihat pihak polis.
"Polis Gombak cari dia tak dapat, polis Ampang pun sama. Habis itu siapa nak tangkap penipu ini?
"Polis minta saya viralkan muka dia senang sikit. Sesiapa nampak Aliff di Ukay Perdana, tolonglah bawa dia ke mana-mana balai," jelasnya.
Pada 8 Oktober lalu, Azza meluahkan rasa kesal dengan tindakan pekerjanya mencuri wang hasil jualan kek coklat yang diusahakan.
Kata Azza, perkerja itu menukarkan kod QR yang mana setiap hasil jualan terus ke akaun peribadinya.
Individu tersebut dipercayai sudah melakukan perbuatan itu selama tiga bulan tanpa dia sedari.