View: 13057|Reply: 17
|
[Dunia]
Back to the past:Pesawat Ini Berlepas Pada 2025, Mendarat Pada 2024
[Copy link]
|
|
Pesawat Ini Berlepas Pada 2025, Mendarat Pada 2024
Sebuah pesawat penerbangan Cathay Pacific 880 yang berlepas dari Hong Kong pada 1 Januari 2025 telah 'mengembara ke masa lalu' apabila mendarat di Lapangan Terbang Los Angeles pada tahun 2024.
Menurut New York Post, pesawat berkenaan berlepas hanya beberapa minit selepas China menyambut tahun baharu.
Selepas hampir 14 jam berada di ruang udara, para penumpang telah selamat mendarat di Los Angeles pada 31 Disember 2024, kira-kira jam 10 malam (Waktu Pasifik).
Oleh kerana pesawat berkenaan merentas sembilan zon masa berbeza dan melintasi Garisan Tarikh Antarabangsa di Lautan Pasifik, Cathay Pacific 880 'kembali' ke tahun 2024 apabila tiba di Amerika Syarikat.
Pesawat lain pernah 'mengembara ke masa lalu'
New York Post berkata, pesawat penerbangan Cathay Pacific 880 bukan satu-satunya pesawat yang pernah 'mengembara ke masa lalu'.
Sebelum ini, penerbangan trans-Pasifik arah timur pada malam Tahun Baru sering mendapat tempahan yang tinggi daripada penumpang antarabangsa.
Ini kerana penerbangan berkenaan menawarkan pengalaman unik iaitu membolehkan para penumpang merayakan kehadiran tahun baru sebanyak dua kali.
Namun begitu, 'pengembaraan masa' bukan selalu berjalan seperti yang dirancang dan bergantung atas banyak faktor.
Antaranya faktor penerbangan tergendala seperti yang dialami oleh penumpang United Airlines flight pada Januari lepas.
Pesawat berkenaan sepatutnya berlepas 7.35 pagi pada 1 Januari 2024 dari Guam dan dijadualkan tiba di Hawaii, pada 6.50 petang pada 31 Disember 2023.
Bagaimanapun hasrat penumpang untuk merayakan tahun baru sebanyak dua kali tidak kesampaian apabila penerbangan tersebut tergendala selama enam jam.
Difahamkan, para penumpang terlepas peluang untuk menyambut perayaan tahun baru untuk kali kedua di Hawaii kerana masih berada di udara.
Selain itu, ada juga situasi dimana para penumpang terlepas kedua-dua sambutan tahun baru, seperti yang dialami oleh penerbangan Air New Zealand 27.
Pesawat itu berlepas dari San Francisco pada petang sebelum tahun baru. Namun disebabkan situasi tertentu, pesawat berkenaan mengambil masa lebih 12 jam untuk tiba Auckland pada awal pagi 2 Januari. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semata2 nak sambut tahun baru 2 kali ada gak penumpang yg sanggup nak spend duet camtu |
|
|
|
|
|
|
|
kau sgt benda nak bodo kan orang. chilchil udah lerr
|
|
|
|
|
|
|
|
tu budak yg songlap duit negara didepan bijan pernah buat mcm ni, the great jo low.. ada artis hollywood dedahkan
|
|
|
|
|
|
|
|
Leonardo DiCaprio recalls private jet party trying to celebrate NYE in two timezones during Fugees trial
Actor claims he performed background checks on Jho Low before accepting money for his film
Hollywood actor and producer Leonardo DiCaprio recalled at a court on Tuesday his wild private jet party trying to celebrate New Year’s Eve in two time zones.
He told the court during his testimony at the trial of Prakazrel “Pras” Michel that he flew to Australia with the former Fugee rapper, businessman Jho Low, and a group of other celebrities to celebrate NYE in that time zone and then returned to Las Vegas to try and catch the moment twice in another time zone.
Jho Low is a Malaysian billionaire from whom Michel is accused of taking $100m to support Barack Obama’s presidential campaign.
DiCaprio recalled that he met Mr Low repeatedly for other celebrations as well after initially getting introduced to him at a birthday party in Las Vegas.
“Did you make it in time to celebrate New Year’s?” defence lawyer David Kenner asked the Hollywood star.
“It depends on how you look at it,” DiCaprio replied.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu masa belajar geography pening kepala aq nk fahamkan konsep ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 1-1-2025 01:23 PM
Kalau ada kapal atau belon udara naik udara pergi bersauh parking atas jah tunggu bumi berputar turun ikut zon waktu tup2 negara somalia otopia uganda congo colombia brazil indon sri lanka maldives |
|
|
|
|
|
|
|
"Pesawat itu berlepas dari San Francisco pada petang sebelum tahun baru. Namun disebabkan situasi tertentu, pesawat berkenaan mengambil masa lebih 12 jam untuk tiba Auckland pada awal pagi 2 Januari."
Bukan situasi tertentu memang that happens everytime on that route. They experienced midnight twice (in this case 1st & 2nd Jan) in the air.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau belon tu naik cukup tinggi keluar dari ruang graviti bumi boleh lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
syok jugak ni kalau dpt cuba |
|
|
|
|
|
|
|
Leonardo DiCaprio said he flew on Jho Low's private jet with a large group one New Year's Eve between Australia and Las Vegas, in what he said was Low's goal of celebrating New Year's twice in one night. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Di perak sudah 2026
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau mampu aku pun nak buat
|
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 1-1-2025 04:42 PM
Di perak sudah 2026
Kat mana nie..teman org Perak yoeb.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo dia transit jepun/hongkong/korea dulu pastu baru ke usa mmg akan lewat sehari...iols hr tu bingung sekejap sbb dr jepun malam, masuk usa dh petang, jadinya solat subuh nk kene qadha atau xperlu sbb tak menempuhi waktu matahari terbit |
|
|
|
|
|
|
|
Article ni saja je for fun kan sebab travel on 31st Dec.
Kalau travel ke USA dari Asia memang la akan sampai satu hari sebelum. Bila balik sini ko terlepas 1 hari pulak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|