Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga mereka dikatakan berantakan.
Dalam masa sama, Mahadi juga berharap agar ikatan perkahwinan mereka sentiasa dipeluk rasa cinta dan terus bahagia.
"Semoga Allah terus menguatkan cinta kita, mengurniakan ketenangan dalam rumah tangga kita dan menjadikan kita pasangan yang saling menguatkan di jalan-Nya.
"Selamat ulang tahun perkahwinan yang ketiga, Aku mencintaimu kerana Allah dan semoga perjalanan kita ini kekal hingga ke akhir hayat dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya," tulisnya.
Sementara itu, Heliza menerusi ruangan komen meluahkan rasa terharu dengan ucapan istimewa itu dan sempat bergurau dengan suaminya dengan bertanyakan berapa lama tempoh suaminya menyediakan ucapan itu.
"Masya-Allah. Terkedu, terkejut, terharu dengan ucapan. Berapa hari agaknya mengarang. Apapun selamat hari kita moga sampai Jannah. Amin terima kasih untuk semuanya," katanya.
Heliza mendirikan rumah tangga dengan Mahadi yang juga seorang usahawan pada 1 Januari 2022.
Sumber – Harian Metro