View: 27398|Reply: 4
|
[Tempatan]
Nak kena 'sapu' dengan lori? Ramai bengang masih ramai remaja naik basikal lajak
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan remaja menaiki basikal lajak di jalan utama mengundang kemarahan orang ramai apabila golongan tersebut menggunakan laluan bersama kenderaan lain sekali gus mengabaikan keselamatan.
Video tersebut dimuat naik seorang pengguna TikTok Ammarlahhh dan kejadian itu berlaku di Kuantan, Pahang pada waktu malam.
“Bila cikgu rotan kata cikgu dera anak. Bila cikgu marah kata cikgu tak relevan. Hakikatnya ibu bapa sendiri membentuk macam mana anaknya dari rumah,” menurut kapsyen video itu.
Ia turut dipersetujui oleh pengguna TikTok yang lain apabila mereka juga marah dengan perbuatan remaja tersebut kerana boleh mengundang kemalangan jalan raya.
“Bayangkan ada lori dan masalah brek, kemudian ‘sapu’ (rempuh) semua,” kata seorang individu.
“Anak-anak ini kadang-kadang perangai depan ibu bapa tak sama dengan perangai di luar. Ada juga ibu bapa terlalu percaya pada anak-anak,” ujar seorang pengguna TikTok.
“Kadang bukan sebab ibu bapa sahaja, tapi pengaruh rakan dia. Pengaruh rakan ni paling susah nak bendung, takkan ibu bapa nak sekat pergaulan anak-anak di rumah saja,” ujar yang lain. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalo bebudak ni main beskal jam 3.00 pagi atas Hiway LPT di area selekoh menurun bukit yg x der lampu jalan dan kemudian kena langgar kete or lori.
sila pilih jawapan bagi soalan di bawah :
Pemandu kete/ lori itu bersalah, jika pemandu itu :
a. Yindia
b. Ciner
c. Mulayu
d. lain2 bangsa
|
|
|
|
|
|
|
|
Biaq pi la anak² melayu nak men beskal memalam pun.
Tapi jangan kau dakwah agama kristian pada anak kami.
Prinsip kami jelas. |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan dah pupus menan beskal ni...rupanya makpak mmg tak ambil iktibar ya dari kes langgar bersepai kat johor tu.
bdk2 haluih bilis neh kalau makpak tak belikan mana nak cekau pitih utk dptkan beskal neh, dgn modified sana sini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sam Ke Ting tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
| |
|