PENGALAMAN dipenjara di Singapura akibat kesalahan memiliki dadah pada 2016 detik hitam tidak dapat dilupakan pelakon Tony Eusoff.
Imbas Tony atau Anthony Joseph Hermas Rajiman, 48, ia merupakan tindakan paling bodoh pernah dilakukan dalam hidupnya.
“Itu merupakan satu episod hitam dalam hidup saya. Semasa itu saya rasa sangat takut dan bersalah kepada ibu saya. Saya sempat peluk dia untuk kali terakhir, ketika itu dia menitiskan air mata.
“Itu adalah perkara sangat menyakitkan bagi saya sebagai seorang anak. Saya juga mengaku yang ketika itu tiada orang aniaya saya. Itu semua salah sendiri,” katanya kepada mStar.
Untuk rekod, Tony dihukum penjara selama lima bulan bermula April 2016 sehingga Oktober 2016 di Penjara Admiralty West Singapura.
Mengulas mengenai seorang pelawak yang ditahan di Jeddah akibat ganja, Tony berharap supaya orang ramai tidak menilai dan membuat sebarang spekulasi.
“Tunggu kes selesai baru kita nilai. Tolonglah guna akal sendiri. Semua tindakan yang dibuat mesti ada sebab dan mungkin orang tersebut terdesak,” ujarnya.
Sumber – mStar
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Nama asal Anthony Joseph tu, nama komersial Tony (Anthony) Eusoff (Joseph) tu ada producer Melayu bagi nama tu nak masuk market melayu masa awal2 berlakon dulu.
Post time 4-1-2025 10:57 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Zeelalala replied at 3-1-2025 06:23 PM
Mcm mana memiliki dadah tapi penjara 5 bulan je. Singapore plak tu
Kurang dari berat dadah yg boleh buat dia didakwa kesalahan penyalahgunaan dadah yg membawa hukuman mati, itu dikira hanya utk kegunaan sendiri. Undang2 Singapura kesalahan begitu hanya dimasukkn ke pusat pemulihan bila da pulih kena masuk penjara sbb memiliki dadah.