View: 22917|Reply: 7
|
[Tempatan]
"Termakan cili" khutbah Jumaat tentang rasuah, anak ketua kampung 'tinju' imam
[Copy link]
|
|
JAKARTA - Gara-gara tersinggung dengan isi ceramah khutbah Jumaat, seorang imam dianiya oleh anak ketua kampung.
Kajadian berlaku di Desa Hapung Torop, Kecamaan Sosa, Kabupaten Padang Lawas, Sumatera Utara pada Jumaat lalu.
Menurut peguam, Pitra Romadoni, mangsa memberitahunya bahawa insiden penganiayaan itu berlaku pada sekitar jam 8 malam Jumaat waktu tempatan.
Jelasnya, mangsa iaitu ustaz Ahmad Rizal menyampaikan khutbah yang berjudul 'pemimpin yang melakukan amalan rasuah akan diminta pertanggungjawabkan di akhirat kelak' di Masjid Al Anshor, desa Hapung Torop pada Jumaat.
"Dalam khutbahnya dia menyampaikan inti pati bahawa setiap pemimpin bermula dari ketua keluarga hinggalah kepada ketua kampung, sekiranya melakukan rasuah akan dihitung di Padang Mahsyar.
"Mangsa juga menyentuh secara khusus bahawa sekiranya dana kampung diambil melalui rasuah maka pemimpin itu harus meminta maaf kepada warga," katanya menerusi kenyataan bertulis kepada wartawan pada Isnin.
Jelasnya, pada malam hari, rumah mangsa dilempar batu dan pintu rumahnya cuba dirosakkan.
"Kemudian mangsa keluar dan meminta pelaku beredar dari rumahnya.
"Tidak lama selepas itu pelaku memukul mangsa, selain meninju di bahagian mukanya berulang kali," katanya.
Semasa insiden memukul itu, pelaku turut bertanyakan kenapa mangsa seolah-olah cuba merendah-rendahkan ayahnya kepada masyarakat.
"Apa maksudmu semasa menyampaikan khutbah Jumaat? kau merendahkan harga diri ayahku, tetapi pertanyaan itu tidak dijawab oleh mangsa," kata Pitra lagi.
Perkelahian itu bagaimanapun berjaya dileraikan oleh penduduk sekitar yang melihat insiden itu.
Mangsa mengalami luka dan bengkak selain trauma.
Kejadian itu telah dilaporkan ke balai polis Padang Lawas.
Dalam perkembangan terkini, mangsa telah memaafkan pelaku dan kes berakhir dengan damai. -Agensi
Sumber : Sinar Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sana teks khutbah bkn ditulis pejabat agama ka? pukul la presiden Indonesia kalu tersinggung sgt |
|
|
|
|
|
|
|
suruh la ayah ko jadi manusia baik dan jujur.. yg pegi tinju muka imam kenapa??? Bodo nk mampus.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi benerlah bapaknya itu Bapak Kepala Desa pemakan rasuah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada la tu background cerita yang kita tak tau. Ini sempat lagi juga dia tunggu malam jumpa di rumah. Aku pernah tengok pak arab yang dan2 tu dia bangkang bila tak setuju dengan khutbah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tempatan? Dah sampai masanya Cari buat kategori Nusantara. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak politaik sini relek2 jer,walaupun bapaknya kena tuduh rasuah.. |
|
|
|
|
|
|
|
This is a reliable source of information for visitors, emphasizing their importance. This content is valuable and will offer numerous benefits to your website visitors.
Please Visit Our Smm Panel |
|
|
|
|
|
|
| |
|