Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan kagum dengan tindakan Janna itu, malah ada juga segelintir daripada mereka yang bersetuju untuk tidak menilai seseorang dari luaran sahaja.
Bukan itu sahaja, dek perkara tersebut ramai juga yang menghujani ruangan komen itu dengan mendoakan agar Janna dan suami tercinta, Dini akan dikurniakan cahaya mata.
“Bila tang telekung tu, akak salute kau adik. Semoga Allah hadirkan malaikat kecil dalam rahim awak sayang. Amin,” kata netizen.
“First time jumpa artis bawa telekung dalam beg. Tahniah Janna. Nak ada anak kena sayang Allah dulu,” ujar netizen lain.
“Jangan menilai dari luaran… Salute Janna, semoga baik-baik saja,” tulis netizen lain.
Sebelum ini, Janna meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir pihak mendakwa Dini mempunyai lebih hormon wanita sehingga menyebabkan mereka tidak mempunyai zuriat.
Sumber: XTRA