CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6244|Reply: 3

Teater Bangsawan ‘Malim Deman’ di Panggung Bandaraya, KL 23 – 25 September

[Copy link]
Post time 19-4-2011 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Santeira at 22-9-2011 13:59



Tarikh: 22 - 24 April 2011 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Masa: 8.30 malam
Teater: Bangsawan |Tasik Dayang
Tempat: Panggung Bandaraya, KL (berdekatan Stesen LRT Masjid Jamek)
Tiket: RM 5/per person
Penasihat / Penulis Skrip: Seniman Negara En. Rahman B.


Pelakon:


Mardiana Alwi
Nazri Ahmad
Aida Rahman

Sinopsis:
Datuk Kumajaya dititah ke Langkapuri bersama isterinya, Cik Mahura dan anaknya, Dayang untuk menjadi ketua di sana. Dalam perjalanan Dayang berkenalan dengan juragan kapal, Nakhoda Malim yang tinggi ilmu agama.

Di Langkapuri, Dayang belajar agama dengan Nakhoda Malim. Suatu hari mereka pergi berkelah di tepi tasik di Pantai Kerang. Sewaktu berkelah Dayang hanya duduk menyendiri untuk beramal di sebuah dangau. Putera Raja Bunian yang lalu di situ telah jatuh hati kepada Dayang.

Sejak pulang dari tasik, Dayang suka mandi malam. Putera Raja Bunian datang dan berlaku perkara yang tidak diketahui ketika Dayang mandi. Sejak itu juga berlaku perubahan terhadap Dayang yang kelihatan seolah-olah telah berbadan dua sehingga merisaukan kedua ibu bapanya. Datuk Kumajaya menuduh Nakhoda Malim punya angkara kerana Dayang rapat dengannya. Nakhoda Malim yang tidak mengaku salah telah dihukum pasung.

Suatu malam Dayang hilang dari biliknya walaupun dikawal rapi. Putera Raja Bunian datang memberitahu bahawa Dayang boleh ditemui di tepi tasik tetapi Dayang hanya boleh dipandang kerana telah bersama-sama dengan orang bunian di Tasik Dayang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2011 11:30 AM | Show all posts

Tarikh: 20 - 22 Mei 2011 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Masa: 8.30 malam
Teater: Bangsawan Mestika Bumi
Tempat: Panggung Bandaraya, KL (berdekatan Stesen LRT Masjid Jamek)
Tiket: RM 5/per person
Pengarah: Abdul Samat Salleh

Sinopsis:

Cerita ini diambil  berdasarkan cerita bangsawan Jula –Juli Bintang 3.  Setelah Maharaja Darsa Alam ditabalkan menjadi Raja Kerajaan Zamin Tauran, baginda telah mengadakan lawatan ke wilayah-wilayah pemerintahannya. Bagi mendampingi hamba rakyat baginda sanggup bermain bersama-sama permainan yang dikenali sebagai Yapolo. Sedang asyik bermain tiba-tiba baginda tertanduk bola hingga jatuh ke dalam tasik.  Baginda sendiri pergi mengambil bola, malangnya cincin Mestika Bumi lambang kekuasaan Kerajaan Zamin Tauran terjatuh ke dalam tasik.  

Segala hamba rakyat dikerahkan untuk menyelam dan mencari tetapi tidak berjumpa.  Baginda tidak mahu pulang ke Istana sekiranya cincin tidak ditemui.  Baginda ditemani Khadam Lapok dan Kering bersama-sama menunggu di tepi tasik.  tiba-tiba muncul seorang wanita yang cantik jelita keluar dari tasik dan memakai cincin Mestika Bumi.  Baginda amat tertarik dan jatuh cinta dengan wanita itu, cincin diserahkan kembali kepada Maharaja Darsa Alam dan berjanji akan mengambil wanita itu sebagai Permaisuri.

Wanita jelita memberikan syarat supaya dipatuhi bagi memenuhi permintaan Maharaja, iaitu tidak bertanya siapa namanya, nama bapanya serta dari mana ia datang.  Akhirnya mereka berkahwin dan hidup di dalam rukun damai.  Sewaktu acara menabalkan Putera Mahkota baginda  berdua, dua orang kampong telah mengadap Maharaja Darsa Alam. Mereka menceritakan telah bergaduh dengan orang luar yang berlagak pahlawan sewaktu berniaga di pasar.  Pergaduhan berpunca apabila orang yang berlagak pahlawan itu bertanyakan tentang nama permaisuri Zamin Tauran. Malang sekali kedua orang kampung itu tidak mengetahui dan berlakulah pergaduhan kerana orang yang bertanya itu mengatakan Maharaja Darsa Alam berkahwin dengan orang yang tidak di ketahui asal usulnya dan berkemungkinan permaisuri itu berketurunan hantu.   Hal ini menjadikan maharaja murka dan sanggup melanggar sumpah  kerana  mendesak Permaisuri memberi tahu nama yang sebenar dan berasal dari mana. Permaisuri menyempurnakan permintaan Maharaja dan kemudian kembali semula ke kayangan.  

Maharaja Darsa Alam merasa bersalah dan cuba menuruti Permaisuri yang bernama  Mestika Bumi tetapi gagal. Diakhirnya  baginda terserempak dengan seekor gergasi di dalam hutan dan telah disumpah menjadi seekor gergasi.  Setelah berbagai dugaan ditempuhi, genap dua puluh tahun mereka kembali bertemu semula.

----------

Bangsawan Tasik Dayang telah mendapat sambutan hangat. Mari beramai-ramai menyaksikan Bangsawan Mestika Bumi yang dipentaskan oleh Seri Bangsawan USM sebagai hiburan malam minggu kita!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2011 08:13 AM | Show all posts


BANGSAWAN ALANG BUANA oleh Fakulti Teater, ASWARA

PENGARAH : Mazlan bin Tahir

SKRIP  : A. Rahman Bakar

SINOPSIS

Setelah orang kaya Awaluddin meninggal dunia, sebuah peti yang penuh dengan harta telah menjadi rebutan tiga orang anaknya, Samsinar ( kakak), Kidam ( yang tengah) dan Alang Buana (bongsu). Satu pertengkaran telah berlaku diantara mereka kerana kehilangan peti harta itu. Perkara ini telah diserahkan kepada wakil raja untuk menghakimkannya. Mereka bertiga telah diberikan sebatang kayu panjang oleh datuk wakil raja sejengkal seorang, sesiapa yang didapati mencuri , kayu itu akan panjang sejengkal  lebih daripada ukurannya.

Oleh kerana perasaan takut yang menyelubungi diri Alang Buana,  dia telah memotong sedikit kayu yang telah diberikan kepadanya. Apabila sampai waktu pengadilan dibuat, ketiga-tiga kayu mereka itu diserahkan kepada datuk wakil raja untuk mengadilinya. Maka datuk wakil raja pun mengertilah bahawa harta tersebut telah diambil oleh Alang Buana. Perkara ini tidak habis di situ sahaja kerana mereka tidak berpuas hati dan masing-masing ingin memiliki harta itu. Datuk wakil raja telah menyerahkan tiap-tiap seorang sebilah anak panah dan datuk wakil raja juga telah meletakan selengkap pakaian orang kaya Awaluddin ( ayah mereka) di suatu tempat di pekan sari dan meminta mereka memanah tepat pada hatinya. Barang siapa yang Berjaya memanah ulu hati, orang itulah yang berhak memiliki harta tersebut. Adakah mereka bertiga sanggup melakukannya dan bagaimanakah pembahagian harta diserahkan kepada mereka bertiga?



WATAK UTAMA

Alang Buana

Awaluddin

Samsinar

Samsuri

Kidam

Dato Lela Setia Diraja



Datanglah beramai-ramai menyaksikannya di Panggung Bandaraya, KL pada pukul 8.30 malam minggu ini. Harga tiket hanya RM 5!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2011 08:19 AM | Show all posts


Tempat : Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur (Berdekatan Stesen LRT Masjid Jamek)
Tarikh : 15, 16 & 17 Julai 2011 / Masa : 8.30 Malam
Tiket : RM5 seorang

Menampilkan ZULIN AZIZ sebagai Miss Kecubung, JIJIE ZAINAL sebagai Hamsad dan anak-anak teater negeri Kedah dari KUBAS (Persatuan Kreatif Utama Budaya Anak Seni).

OPERA PRIMADONA merupakan karya asal N. Riantiarno (Teater Koma, Indonesia), naskah ini telah diolah oleh Ahmad Yatim dan diadaptasikan semula oleh Syahmi Naim sebagai pengarah persembahan dengan mengangkat watak antagonis di dalamnya sebagai penggerak cerita.

Produksi telah memilih untuk mengangkat naskah ini dalam bentuk Bangsawan dengan elemen-elemen kontemporari seiring dengan minat dan kehendak penonton zaman kini. Walaubagaimanapun struktur asal bangswan dan elemen-elemen Bangsawan masih dipelihara sepanjang persembahan ini.

SINOPSIS:
Tertumpu tentang kisah kehidupan Sri Panggung di pentas opera iaitu Miss Kecubung. Beliau mula melibatkan diri dengan kumpulan opera sejak berusia 16 tahun.

Kemunculan Siti Kejora di dalam kumpulannya tidak disenangi oleh Miss Kecubung. Ketika pertama kali beraksi Siti Kejora mempunyai daya tarikan diatas pentas lakon dan seterusnya diberi peluang memegang peranan utama, ini menyebabkan timbulnya perasaan iri hati dalam diri Miss Kecubung.

Miss Kecubung membuat banyak perancangan untuk menjatuhkan Siti Kejora, baginya di dalam persembahan hanya ada seorang yang layak bergelar Primadona (sri panggung) iaitu dirinya sahaja.

Persembahan Opera Primadona dipentaskan menggunakan dialek Indonesia dan diterapkan dengan unsur-unsur kesenian dan kebudayaan masyarakat dari Indonesia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.244521 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list