CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13658|Reply: 6

Semua yang mengikuti dia (Zahnita) menganggap saya ni seorang yang ganas, ‘monster‘, lelaki pukul isteri dan melakukan aniaya kepada anak-anak. Ia tidak benar...suami Zahnita tampil pertahankan diri

[Copy link]
Post time 7-1-2025 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUANTAN – Setelah sekian lama memilih untuk berdiam diri, suami Zahnita Wilson akhirnya tampil mempertahankan diri daripada segala tohmahan yang dilemparkan terhadapnya.



Menurut Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, dia amat terkesan dengan impak hantaran negatif yang dibuat Zahnita di laman sosial terhadapnya.

“Semua yang mengikuti dia (Zahnita) menganggap saya ni seorang yang ganas, ‘monster‘, lelaki pukul isteri dan melakukan aniaya kepada anak-anak. Ia tidak benar.

“Saya ni seorang ayah, saya hanya mahu menjaga kebajikan anak saya, terutamanya anak bongsu lelaki saya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Mahkota Heights, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, dia mendedahkan punca sebenar perselisihan faham antara mereka bermula selepas teguran yang dibuat kepada isterinya itu kerana semakin kurang memberi perhatian terhadap anak lelaki bongsu mereka, Abd Zayden Ghouse, 4.

Jelas, Abdul Zackery, anak tunggal lelakinya itu menghidap autisme dan memerlukan perhatian yang lebih, namun perhatian Zahnita dilihat semakin cenderung fokus untuk urusan perniagaan makanannya.

Lebih mengeruhkan suasana apabila dia mendapat tahu Zahnita menyewa sebuah rumah berhampiran kawasan rumah mereka bagi tujuan memajukan perniagaa makanan itu dan merancang untuk berpindah keluar tanpa pengetahuannya.

“Oleh kerana anak, saya tegur perniagaan yang sedang dia buat. Saya rasa tak sesuai masanya sebab anak kita masih kecil dan memerlukan ibunya. Dia tahu kalau dia jalankan perniagaan daripada rumah ni, saya selalu tegur dia.

“Saya cuba untuk communicate dengan dia. ‘But it’s hard to talk to Zahnita. She’s very defensive. Setiap tahun pun ada dia minta saya ceraikan dia,” katanya lagi.

Turut hadir dalam sidang media hari ini adalah ibunya, Norazlina Abdullah, 71 serta anak sulungnya, Zahrafeena, 18 yang sedang menjalani peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Sementara itu, Norazlina menyangkal dakwaan Zahnita ada menghubunginya selepas kontroversi rumah tangga dengan anaknya itu baru-baru ini.

Katanya, Zahnita tidak pernah menghubunginya untuk meminta maaf seperti dikatakan bekas peragawati itu dalam temubual bersama sebuah portal berita pada 16 Disember 2024 lalu.

“Tiada sebarang panggilan dibuat. Saya juga hairan kenapa dia kata saya memberi respon tidak baik kepadanya. Saya yang beri resipi makanan yang dijual itu. Jahat sangat ke saya sampai dia kata begitu tentang saya?.

“Janganlah tipu kata ada telefon saya. Saya rasa sedih juga lah dengan perkara ini,” kata Norazlina lagi. – MalaysiaGazette I'm

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2025 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmm
Jom beli popcorn
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts

https://vt.tiktok.com/ZS6aJsNjq/
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
awal lagi ke yen masuk ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 11:11 AM | Show all posts
Budak tu tgh spm pun ko heret buat pc. Abis tu kalau tegur tu acaner boleh berbekas? Zahnita tomoi muka sendirik kah?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 11:47 AM | Show all posts
sorry la aiols tak caya tahik dadah, mak yg loser ajer support anak isap dadah ni. igt org isap dadah ni otak dia betul ke bole jaga anak elok2? kalo mak yg baik da lama anak tu kena kambus mendadih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2025 12:58 PM | Show all posts
amber heard versi malaysia ke ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.133460 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list