PETALING JAYA – “Itulah dah cakap tapi tak mahu dengar. Kan dah kantoi,” kata Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.
Dalam nada sinis, beliau berkata, isu kewujudan Titah Addendum untuk Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya ‘perkara mudah’.
Katanya, pihak terlibat bagaimanapun enggan berterus terang sama ada titah tersebut tersebut wujud atau tidak.
“Kan saya dah kata. Kalau ada katalah ada. Berterus terang soal ‘simple’ (mudah), jawapan mudah. Sekarang terbukti ada. Wujud dan sahih.
“Macam mana? Siapa pula yang perlu dipersalahkan? Malu apa, malu apa?” katanya dalam satu rakaman video hari ini.
Hari ini bekas Perdana Menteri itu berjaya mendapat kebenaran di Mahkamah Rayuan bagi memulakan prosiding semakan kehakiman mengenai kewujudan Titah Adendum.
Keputusan itu dibuat majoriti 2 -1 dengan Hakim Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril membenarkan rayuan Najib selaku pemohon, manakala Hakim Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai panel menentangnya.
Ketika membaca keputusan itu, Mohd. Firuz berkata, mahkamah memerintahkan supaya kes tersebut diremitkan atau dikembalikan ke Mahkamah Tinggi supaya merit semakan kehakiman ini diputuskan.
Mahkamah menetapkan tarikh 13 Januari ini bagi pengurusan kes seterusnya.
Sumber : KOSMO ONLINE
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 8-1-2025 09:30 AMFrom the mobile phone|Show all posts
pasal perhimpunan hari tu, nur jazlan ada cakap sikit persoalkan pasal pas turun berhimpun
Ahli Majlis Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed menasihatkan ahli partinya agar tidak terpedaya dengan sokongan tiba-tiba PAS terhadap perhimpunan solidariti bekas perdana menteri Najib Razak.
Nur Jazlan juga menyoal motif PAS hendak menjadi pembela Najib dan mengerahkan ahli parti itu turun beramai-ramai pada perhimpunan di Mahkamah Rayuan 6 Januari ini.
Post time 8-1-2025 10:30 AMFrom the mobile phone|Show all posts
minit 0:28:11
series la pengampunan anuar jadi 0, takde rekod dah. my understanding anuar diampunkan balance hukuman penjara dia je, so dia boleh bebas, bukan ampun kesalahan jadi 0 takde rekod macam org tak bersalah.
correct me if iam wrong tq
Post time 8-1-2025 05:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Radzor replied at 8-1-2025 10:30 AM
minit 0:28:11
series la pengampunan anuar jadi 0, takde rekod dah. my understanding anuar diampunkan ...
Ya, Anwar Ibrahim telah diampunkan sepenuhnya oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei 2018. Pengampunan tersebut meliputi semua sabitan jenayah beliau, termasuk kes liwat yang menjadi kontroversi sebelum itu. Pengampunan penuh ini membersihkan rekod jenayahnya dan membolehkannya kembali aktif dalam politik tanpa sebarang halangan undang-undang.
Peristiwa ini berlaku selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14, di mana salah satu janji mereka adalah memastikan pembebasan Anwar Ibrahim. Pengampunan ini juga membuka jalan untuk beliau akhirnya menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 2022.
Post time 8-1-2025 07:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dah tahu piyem pon sejenis bapok tua sejenis pengecut, mesti suke main sorok2... Kalo bebetul x bapok, mesti berani ckp benda benar, bukan kaki spin or ketimbang