CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2544|Reply: 10

Dua rakan curi peralatan tarian singa, dipenjara 18 bulan

[Copy link]
Post time 8-1-2025 02:34 PM | Show all posts |Read mode





Batu Pahat: Dua rakan dipenjara 18 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri pelbagai peralatan digunakan untuk tarian singa, bulan lalu.


Tanesh Aromugom, 45, dan Vino Deva Ramachandran, 41, masing-masing bekerja sendiri dan pemandu lori, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.


Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh melakukan pecah rumah dan melarikan beberapa peralatan tarian singa antaranya simbal, set besi meletakkan drum, gong, tiang bendera dan besi tapak tarian.


Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Taman Orchard Height di sini, jam 9 malam, 31 Disember lalu.


Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, penjara sehingga lima tahun dan denda.


Berdasarkan fakta kes, pada jam 11 pagi, 1 Januari lalu, pengadu yang juga pemilik rumah berusia 26 tahun membuat laporan polis selepas mendapati pintu belakang rumahnya dipecah penjenayah.


Bertindak atas laporan itu, polis berjaya menahan kedua-dua tertuduh di lokasi berasingan dan tangkapan itu sekali gus membolehkan polis menemui semula peralatan tarian singa yang dilarikan kedua-dua tertuduh.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip dan Pegawai Pendakwa Inspektor Ling Shao Shen manakala tertuduh diwakili Kamarularifin Nordin daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).


Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman penjara itu berkuatkuasa pada tarikh tertuduh ditahan iaitu 1 Januari lalu.


Dalam pada itu, di mahkamah sama, Tanesh turut mengaku bersalah terhadap tuduhan menggunakan dadah selepas air kencing positif methampethamin.


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2025 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah tukar ka dey???
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenape?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang nak menyinga kat mana?


Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 09:56 AM | Show all posts
nak buat apa curi semua tu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
figurae replied at 9-1-2025 09:56 AM
nak buat apa curi semua tu?

Jual kat besi buruk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2025 10:20 AM | Show all posts
semua nak rembat nya...


mentang2 bawak lori, ni mesti penyamun style kassim baba ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 9-1-2025 10:20 AM
semua nak rembat nya...





Sebab ada lori
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2025 10:54 AM | Show all posts
celaka punya penyamun.  harap siasat betul2.  biasa celaka2 spt ni terlibat byk jenayah lain juga.  
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 11:40 AM | Show all posts
sharlenetexas: Korang nak menyinga kat mana?


i tengah bayangkan masa dia tengah dok angkat nak mencurik tu
pastu ada cina yang jerit ooooi kau buat apa.
terus dia sarung singa tu sambil berlari acah acah jadi singa
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 11:41 AM | Show all posts
figurae replied at 9-1-2025 01:56 AM
nak buat apa curi semua tu?

rim lori yang accident kat ayer keroh tu pun hilang.
tv3 buat news. esoknya polis temui rim tu kat tangkak
punyalah jauh ayer keroh - tangkak dia bergolek.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25834 Replies : 276
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 2728 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188502 Replies : 8469
‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-takut beritahu saya’ - Shuib
Raline‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-t
Views : 6162 Replies : 36
Harith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Isu Komen ‘Ham’ Persenda Nabi
RalineHarith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Is
Views : 15526 Replies : 73
Rakan sekelas cemburu, depan Thalita pura-pura baik
RalineRakan sekelas cemburu, depan Thalita pur
Views : 6410 Replies : 29
50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi
maklukpenggoda50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengara
Views : 7772 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.062371 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list