CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12444|Reply: 2

[Dunia] Kesatuan Eropah (EU) pantau lonjakan kes virus HMPV di China

[Copy link]
Post time 10-1-2025 08:51 AM | Show all posts |Read mode



BEIJING: Kesatuan Eropah (EU) kini sedang memantau perkembangan lonjakan penularan virus 'human metapneumovirus' (HMPV) yang sedang berlaku di wilayah utara China.

Jangkitan virus ini biasanya menyerupai selesema biasa yang mungkin termasuk batuk, demam, hidung berair atau tersumbat, sakit tekak, nafas berbunyi, sesak nafas dan kadang-kala ruam.

HMPV semakin mendapat perhatian kerana peningkatan kes yang dilaporkan, terutama dalam kalangan kanak-kanak, warga emas dan individu dengan sistem imun yang lemah.

Walaupun ia tidak sepopular COVID-19, HMPV tetap boleh membawa risiko yang serius, terutama jika tidak dirawat atau dikesan awal.

Pusat Pencegahan Penyakit dan Kawalan Eropah (ECDC), berkata kes di seluruh Eropah bukanlah sesuatu yang luar biasa pada tahun ini, tetapi pihaknya akan terus menilai keadaan.

"ECDC terus memantau keadaan dengan kerjasama Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)/EURO untuk mengumpulkan maklumat tambahan," katanya.

HMPV yang menyebabkan simptom selesema menyaksikan kes meningkat di seluruh wilayah utara China pada musim sejuk ini, terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Foto dan video orang ramai yang memakai pelitup muka di hospital di China muncul di platform media sosial dan laporan tempatan membandingkan situasi dengan wabak awal COVID-19.

Sementara itu, Indonesia mula memantau penerbangan dari China dan Malaysia di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan jangkitan HMPV di seluruh rantau ini.

Mereka yang pergi ke Bali perlu mengisi borang tiga hari sebelum ketibaan ke pulau yang menyediakan rekod kesihatan penumpang, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.


Sumber – Berita Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2025 05:16 PM | Show all posts
majoriti orang Iols kenal kat Malaysia dah kena, atau sedang kena pneumonia ni

haritu ada yang kena warded seminggu kat hospital. paru2 kelabu habis kat xray, suara hilang. tapi tak sakit tekak. yang kroniknya, semua demam 40'c

2 orang saudara tua weols, ditidurkan, dan meninggal dunia minggu lepas

budak2 kecik, banyak terbaring lemah sebab demam panas
baby nangis, batuk, berhingus
tak tau macam mana tersebar. yang keje jauh dari orang ramai pun dijangkiti
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Cilake betul China ni. I baru nak merendek dekat Lijiang bulan 5 ni. Jadi takut pula nanti tengok rakyatnya menggelupur kesakitan tengah jalan macam Covid dulu.  

Ada sebab i rasa a bit hesitant nak bercuti luar negara tahun ni. Mohon Allah lindungi kita semua especially anak2 kita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.037158 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list