CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 12584|Reply: 6

Forum ekonomi jadi acara awal tahun negara - Rafizi Ramli

[Copy link]
Post time 10-1-2025 09:14 AM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR : Kementerian Ekonomi menetapkan satu tradisi baru, yang mana pada setiap awal tahun, satu forum ekonomi peringkat tertinggi akan dianjurkan bagi memberi naratif ekonomi negara.


Menterinya, Rafizi Ramli berkata, naratif ekonomi yang akan disampaikan sendiri Perdana Menteri, berupaya meyakinkan pelabur antarabangsa dan domestik.


"Bahawa dasar-dasar ekonomi negara ada kesinambungan dan dirancang dengan teliti mengambil kira peranan sektor-sektor lain seperti pendidikan, sumber manusia, teknologi, hubungan antarabangsa, perdagangan dan pelaburan, keselamatan dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan di media sosial X.


Rafizi menjelaskan usaha meyakinkan pelabur antarabangsa dan dalam negara perlu diterus dilakukan secara menyeluruh.


"elabur antarabangsa dan dalam negara akan terus memantau prestasi pelaksanaan kerangka Ekonomi Madani. Mereka ingin tahu bagaimana kita akan menyediakan bakat-bakat berkemahiran tinggi yang diperlukan di masa hadapan?


"Bagaimana kita akan menangani cabaran fiskal negara, agar kita konsisten mengurangkan defisit dan hutang negara? Apa rancangan kita untuk melonjakkan kepakaran teknologi kita? Apa keutamaan reformasi pendidikan untuk memenuhi kebangkitan ekonomi Malaysia mutakhir ini?" katanya.


Rafizi berkata, hasrat negara untuk memberi tumpuan kepada ekonomi yang berasaskan peralihan tenaga bersih, menjadi pemain semikonduktor utama dunia dan menerajui ekonomi digital diterima baik oleh masyarakat pelabur dunia.


Katanya, ini dapat diterjemahkan menerusi kemasukan pelaburan asing yang diumumkan sepanjang 2024.


"Ekonomi Malaysia tumbuh baik dalam 2024. Saya yakin bila angka rasmi dimuktamadkan bulan depan, Malaysia akan mencatat antara prestasi ekonomi terbaik di rantau ini bagi 2024.


"Sebahagian penyumbang kepada prestasi ini adalah kerana pelabur dan industri menerima baik perancangan ekonomi negara yang diungkapkan melalui Kerangka Ekonomi Madani," katanya.


Hari ini, buat kali pertama kerajaan menganjurkan forum ekonomi utama negara yang dinamakan Forum Ekonomi Malaysia.


Ucaptama forum itu siang tadi disampaikan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membariskan anggota Kabinet, kapten industri dan pakar ekonomi negara dan antarabangsa.


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2025 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
"... hasrat negara untuk memberi tumpuan kepada ekonomi yang berasaskan peralihan tenaga bersih, menjadi pemain semikonduktor utama dunia dan menerajui ekonomi digital diterima baik oleh masyarakat pelabur dunia..."

Tenaga bersih kau export kat Singapore.

Keperluan tenaga + sumber air semikonduktor Dan ekonomi digital kau humban keperluan pelaburan kapasiti atas kepala marhein dengan kenaikan harga.


Babi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 10:52 AM | Show all posts
Pelan2 Ron 95 naik harga..

tengah tahun nanti, tak tau la apa nak jadi
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
To summarize, kepala butoh ko topui
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 12:19 PM | Show all posts
kasibiman replied at 10-1-2025 09:38 AM
"... hasrat negara untuk memberi tumpuan kepada ekonomi yang berasaskan peralihan tenaga bersih, men ...

buka data centre byk2 cekik sumber elektrik dan air yg semakin terhad
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 02:13 PM | Show all posts
so smua kn bawak calculator ke sempua?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2025 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 10-1-2025 02:13 PM
so smua kn bawak calculator ke sempua?

Tak payah bawak apa-apa termasuklah otak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.058954 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list