View: 7187|Reply: 1
|
[Dunia]
Profesor dakwa wanita boleh hidup hingga 100 tahun jika lahir 10 anak
[Copy link]
|
|
SEORANG profesor mencetuskan kontroversi apabila mendakwa seorang wanita yang melahirkan 10 anak boleh hidup sehingga usia 100 tahun.
Pendapat itu dikeluarkan oleh seorang profesor di Inner Mongolia, utara China menerusi satu video tular di media sosial, lapor Daxiang News.
"Selepas melahirkan anak, anda akan diberkati Tuhan. Ia akan membuatkan hidup lebih lama," katanya di dalam kelas kepada para pelajarnya.
"Segelintir wanita berjaya dalam kerjaya mereka, tetapi jangka hayat mereka pendek.
"Mereka bukan seperti nenek-nenek di kampung yang ada lapan atau 10 anak, dan biasanya boleh hidup sehingga 90 tahun, malah 100 tahun," tambah profesor itu.
Memetik laporang South China Morning Post, jelasnya, kebiasaannya nenek tidak menghidap sebarang penyakit yang utama.
"Terdapat kebarangkalian kecil bagi mereka untuk jatuh sakit," katanya.
Bagaimanapun, tidak didedahkan nama universiti tempat lelaki itu bekerja.
Profesor berkenaan dikatakan turut bekerja sebagai doktor di sebuah hospital.
Kenyataannya itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan warga maya.
"Adakah anda mempunyai bukti saintifik yang khusus untuk menyokong pandangan anda?
"Tidakkah anda tahu terdapat risiko bagi wanita yang melahirkan anak. Adalah wanita yang meninggal dunia ketika bersalin diberkati Tuhan," demikian antara komen netizen.
China kini berdepan dengan krisis penuaan dan ramai generasi muda enggan berkahwin atau mempunyai anak.
Populasi negara itu menurun pada 2022, buat pertama kali dalam 60 tahun.
Ia mencatatkan penurunan sekali lagi pada 2023, iaitu menyusut sebanyak 2.08 juta, dengan rekod kadar kelahiran rendah iaitu 6.39 kelahiran bagi setiap 1,000 orang.
Sebagai peringatan, ajal dan maut seseorang itu adalah ketentuhan Tuhan.
Sumber ; Mstar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 10-1-2025 11:11 PM
Wooow... A "Good and Genius Idea" yang patut sepenuhnya diterima dan diterapakan secara resmi dan sepenuhnya menjadi "Asas" Program Kependudukan MalayDesh terutama untuk keluarga berbangsa melayu ..
Bayangkan benefitnya .. Populasi Bangsa Melayu yang akan bertambah banyak sehingga akan tetap kekal mempertahankan dominasi "Kekuasaan dan status istimewanya" di MalayDsh selamanya ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|