View: 6718|Reply: 0
|
[Tempatan]
Ustaz Don akhirnya dapat tauliah mengajar di Perak hingga 2029
[Copy link]
|
|
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) baru-baru ini mengumumkan senarai pemegang tauliah mengajar agama Islam di negeri Perak yang sah sehingga 1 April 2029.
Pengumuman ini dibuat melalui surat makluman yang dikongsikan di Facebook Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk.
Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, adalah antara 104 individu yang tersenarai dalam kategori pemegang tauliah dari luar Perak.
Beliau menerima tauliah ini bermula 2 April tahun lalu, yang akan berkuat kuasa hingga 2029.
Selain Ustaz Don, beberapa pendakwah lain yang turut disenaraikan termasuk:
-Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid
-Asma’ Harun
-Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
-Engku Ahmad Fadzil Engku Ali
Tidak ketinggalan, individu berprofil tinggi seperti Datuk Dr Mohd Sukki Othman, Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti, dan Dr Zamihan Mat Zin turut menerima pengiktirafan yang sama.
14 pendakwah dari luar negara turut tersenarai
JAIPk turut menyenaraikan 14 individu dari luar negara, termasuk pendakwah terkenal dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad dan Muhammad Idrus Ramli.
Pengiktirafan ini membuktikan komitmen JAIPk dalam memastikan hanya mereka yang berkelayakan diberi mandat untuk menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat.
Langkah ini penting untuk memastikan ajaran agama disampaikan secara betul dan berlandaskan syariat.
Sumber ; Oh Media
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|