View: 37023|Reply: 17
|
[Tempatan]
‘Beli Rumah, Tapi Macam Masuk Gym’ – Reka Bentuk Pangsapuri DI BSP Dikritik Netizen
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, sebuah projek pangsapuri yang dikenali sebagai Pangsapuri Idaman BSP di Bandar Saujana Putra menjadi tular di media sosial.
Dengan harga mampu milik bermula RM234,000 untuk unit seluas 1022 kaki persegi, projek ini kelihatan menarik pada awalnya.
Tetapi, rupa bentuk rekaannya yang unik – panjang melintang seperti “barisan kereta api” – telah mencetuskan pelbagai persoalan di kalangan netizen.
Salah satu keluhan utama yang muncul dalam komen adalah isu tempat letak kereta yang jauh daripada unit penghuni, terutamanya untuk penghuni yang berada di hujung blok.
Ada yang bergurau, tinggal di Pangsapuri Idaman BSP boleh “kurus dalam sebulan” kerana jarak berjalan kaki dari tempat letak kereta ke unit kediaman boleh jadi jauh.
Namun, ada yang menangkis dakwaan ini dengan menjelaskan bahawa setiap unit disediakan dua tempat letak kereta: satu di tempat letak kereta bertingkat, dan satu lagi di luar bangunan.
Seorang pengguna Facebook turut mempersoalkan rasional di sebalik reka bentuk bangunan ini. Antara spekulasinya termasuk:
Adakah ini disebabkan syarat tanah yang panjang tetapi sempit? Adakah ia rekaan paling menjimatkan untuk pemaju? Adakah pembeli tidak sedar mengenai isu rekaan ini semasa membuat tempahan?
Persoalan-persoalan ini menimbulkan perbincangan di kalangan orang ramai, yang mana ada yang menyalahkan pemaju kerana tidak mengambil kira keselesaan pembeli.
Menariknya, pangsapuri ini dijual dengan nilai pasaran sekitar RM300,000 walaupun harga asalnya hanya RM234,000.
Bagaimanapun, terdapat laporan bahawa projek ini sudah mula dilelong, walaupun ia baru siap.
Hal ini menimbulkan tanda tanya besar: Adakah projek ini terlalu “viral” sehingga pembeli tidak melakukan kajian terperinci sebelum membeli?
Pelbagai komen di media sosial, ada yang menyokong dan menganggap harga mampu milik ini sesuai untuk keluarga muda yang baru ingin memiliki rumah sendiri.
Namun, ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap isu jarak dan kemudahan.
Seorang pengguna menulis, “Parking bertingkat pun jauh. Kalau macam ni, lebih baik beli rumah landed yang dekat dengan kereta.”
Yang lain pula menyatakan, “Kalau untuk harga macam ni, berbaloi asalkan tahu cabaran sebelum pindah.”
Sumber ; The Vocket
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Memekak tak tahu bersyukur. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg komen2 tu penduduk kat situ ke? Jenis kalau boleh hantar/ambil anak sekolah nak kena park depan2 gate, gi kedai nak kena park sampai cam nak masuk kedai dgn keta2 sekali, jenis yg nak makan sendiri pun malas kena org letak depan muka. |
|
|
|
|
|
|
|
Biarlah diorg nk beli rumah kt sini.
Komen2 negatif akan buat penghuni kt sini down
dan malu lak.
Sebab rasa mcm salah beli rumah.
Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
yg paling tak menahan playground dia kat ceruk jauh ke tepi tapi okla pemaju siap bagi aircond kan, bila selalu lalu highway situ nmpk aircond dah terpasang walaupun tak ada org masuk lagi.
.
Sapa yg beli rumah ni, boleh dah standby kick scooter senang nak gerak ke sana sini. Tengoklah nanti penuh je rumah ni nanti |
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu, dapat brisk walk hari2, tapi time bulan puasa mau lepas berbuka aje lah baru balik rumah, tak penat nak jalan. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
siapa ya dapat parking lot paling hujung? jauh tu.. mau dalam 300meter ke blok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wau boleh jadi satu perkampungan ya sebab banyak unit. Patut di playground ada dibuat BBQ center utk memudahkan penghuni menjamu tetamu utk bday ke, majlis santai santai ke.
IMO yg pentig penghuni kena bayar HOA fees ... boleh hire ramai pengawal keselamatan utk elak di rompak di parking lot, utk elak diraba raba dlm lift, utk elak budak budak diculik dsbnya. Harap ada juga la surau utk yang berugama Islam.
Seriau tgk appt tinggi tinggi ni. :-) |
|
|
|
|
|
|
|
Yg beria mngutuk tu selalunya lom ada rmh.byk spend duit kat kete je.so jd pape dia dok je dlm kete |
|
|
|
|
|
|
|
Perils replied at 11-1-2025 10:31 AM
Yg beria mngutuk tu selalunya lom ada rmh.byk spend duit kat kete je.so jd pape dia dok je dlm kete ...
Iye most of the time still menumpang rumah parents har har. I sokong je playground basketball court camni jauh dr units. Kitarang moved my mum ke new apartment kat sunsuria city, mengadap swimming pool. Tau dak sampai kul 10 malam duk main pool selagi guard x halau. dah malam lagi lah kuat bunyi bergaung org nak rehat kat rumah pun rimas. Blok hujung lagi i kesian ada unit ground floor tapi mengadap basketball court and playground. Tak boleh bayangkan kalau u tak sihat nak rest bunyi bola duk tum tum tum sejam dua ke 3 jam. |
|
|
|
|
|
|
|
Smlm otw akak nk pi ke Hospital An Nur Bangi..akak lalu jln highway tepi apartment ni...mmg hujung betul playground dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Selagi ada tanah, diaorang nak buat rumah untuk yg kurang mampu.
Bersyukur la.
I tgk ada je penduduk yg bawak motor pi parking kereta.
Amik kereta pegi keje.
Motor parking situ.
Balik keje parking kereta.
Amik motor bawak pi ke apartment building.
Ramai je yg buat camtu.
Nak buat rumah untuk korang kat tempat lain korang tak mampu bayar.
I tgk rumah ni ok sgt.
Siap ada aircond lagi.
Apa lagi?
Rakyat Malaysia ni ramai yg tak reti bersyukur.
Dah la miskin, kerek pulak.
Maap shakap. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat area playgroung court tu sume ada laluan utk keta kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Unit yg hadap elite highway tu tak terganggu dgn bunyi kenderaan speeding ke? Part ni selalu je driver bawak laju tak kisah la kenderaan berat or kereta |
|
|
|
|
|
|
|
Yg buatkan harga jatuh tu sbb last year kan tebing lombong tepi tu runtuh...runtuhan besar la jugekkkk..kan viral ms tu
X jauh pun dr tapak rumah tu
Harus la org seriau nk duk situ |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 11-1-2025 10:48 PM
Yg buatkan harga jatuh tu sbb last year kan tebing lombong tepi tu runtuh...runtuhan besar la jugekk ...
Sekali pelepap betul2 ats Highway ko
Gitu menambah kegusaran yg tak perlu
|
|
|
|
|
|
|
|
rasa penah tgk bedio
mmg jauh betul playground dia
rumah ni designed utk org rajin
para pemalas sila duduk kampung |
|
|
|
|
|
|
|
Yang memekak tu tah2 sewa umah pprt je pun
Xpun duk ulu banat tak bekerja menyusahkan makpak |
|
|
|
|
|
|
| |
|