CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14573|Reply: 5

[Tempatan] Wanita Terkejut Servis Hantar Anak Ke Sekolah Guna Kereta Cecah Rm400.Netizen terbelah dua

[Copy link]
Post time 11-1-2025 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini seorang wanita terkejut selepas mendapati kos servis menghantar anaknya ke sekolah dengan menaiki kereta mencecah RM400.



“Terkejut sekejap tengok harga. Selalunya berapa anggaran harga untuk hantar anak ke sekolah? Hantar saja dan jarak tak sampai 10 kilometer,” tanya wanita itu.

Perkongsian tangkap layar perbualan WhatsApp di Threads @energy_baz itu mendapat pelbagai reaksi warganet.

Segelintir netizen berpendapat harga tersebut luar biasa mahal. Mereka mencadangkan si ibu untuk mendapatkan perkhidmatan yang mengenakan caj yang lebih murah.

Dalam pada itu ada netizen yang berpendapat harga itu sudah dikira sebagai berpatutan. Ini kerana anak tidak perlu bersesak-sesak semasa menaiki van atau bas.

“RM400 dibahagi 20 hari bersamaan RM20 sehari. RM20 dibahagi 10 kilometer sama dengan RM2 per kilometer. Nampak mahal tapi ini kereta.

“Jadi anak tak perlu bersesak kena tolak dalam van atau bas. Dijamin pemandu sendiri nampak anak naik dan turun kereta semasa ke sekolah.

“Pada masa sama kita tak perlu lagi stres hadapi kesesakan lalu lintas di awal pagi. Rasanya boleh dipertimbangkan (perkhidmatan tersebut),” kata seorang netizen.

Tambah orang ramai, keuntungan yang dapat itu pun bukan ‘menguntungkan’ sangat. Ini kerana pemilik pasti menggunakan duit tersebut untuk membayar kos-kos penyelenggaraan kenderaan mereka yang menelan belanja agak besar.

Sumber
Threads @energy_baz

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2025 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kete kan bukan van sekolah.
Mmg la mahal
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
astaga....netizen terbelah dua

mmg larr mahal naik kereta ala2 private la amik anto, tggu anak ko smpai depan rumah. plg ramai pun dlm kete ada 4org je.
kot naik bas/van (dpt yg baik ok la) takde nak tggu2 nya, cukup masa jalan. dgn takde ekon berhimpit2 serupa sardin dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 04:36 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 12-1-2025 01:33 AM
astaga....netizen terbelah dua

mmg larr mahal naik kereta ala2 private la amik anto, tggu a ...

Org rumah aku pun naik prebet gak sebulan rm100, dlm 4km dari rumah (sehala), mcm ko cakap lah satu kereta 4org jer, ambil dan hantar sampai depan rumah
Anak aku lak sekolah 6km dari rumah, itu mmg kne hntr sendiri, pagi2 kitaorg merempit naik motor pastu aku tmpt kerja ikut jln shorcut,
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 04:45 AM | Show all posts
uish, zaman iols penah merasa naik kereta sorang ni. sekolah menengah, tapi ada driver beramik berantor weh. duduk sorang kat seat belakang ala2 grab sekarang ni

pakcik driver tu, hilang keje. jadi kambing hitam company, kena pecat.
dia cuma ada kereta saga je. mak pak iols offer, apa kata ko hantar je anak kitorang ni pegi balik sekolah. kitorang bayar la. masa tu gaji mak pak iols idok le lebat, pekerja biasa je. tapi nak tolong orang punye pasai. tapi kitorang lak, dapat driver kan, kemain la. jom pakcik, gi kedai gula2. jom pakcik, balik sekolah, singgah makan abc. pakcik, belanja cendol. dia pun layan je, hahah. rupanya dia guna style, bayar dulu, claim kemudian. nanti bapak kitorang bayar balik. dulu cikedis murah, tak mahal macam sekarang ni.

mula2 hantar kami adik-beradik je, lepas tu bila iols habis sekolah, anak jiran rumah sebelah join. lepas tu pakcik tu kumpul duit, buat pinjaman bagai, dapat la beli van sekolah. lagi ramai naik. last weols jumpa pakcik, heols dah ada 3 bijik bas sekolah, dengan pekerja driver dia. tapi heols tetap la nak bawak van kuning buruk tu. sayang gamaknye
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 04:56 AM | Show all posts
Apa yg netizen terbelah 2????
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.242341 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list