View: 45134|Reply: 17
|
Kalau dia nak jumpa, kami datang-Dolla belum tengok Sasya lepas bersalin
[Copy link]
|
|
“Kami mahu beri ruang dan masa kepadanya.”
Demikian kata Dolla apabila ditanya sudahkah melawat bekas ahli kumpulan itu, Syasya Rizal yang melahirkan anak sulung pada 23 Disember lalu.
Menurut Sabronzo, dia bersama anggota Dolla, Tabby dan Angel menunggu masa sesuai untuk melawat Syasya.
“Saya rasa dia masih dalam tempoh berpantang dan meluangkan masa bersama keluarga serta anak.
“Jadi, kami beri dia masa dengan keluarga dahulu. Selepas itu, jika dia mahu berjumpa, kami boleh terus datang ke rumahnya.
“Kami sangat teruja dan gembira, anak dia sangat comel. Kami semua tumpang gembira,” ujar Sabronzo.
Terdahulu, Syasya atau nama sebenarnya, Nursyasya Afiqah Shahrizal yang berkahwin dengan Nasrullah Mohd. Sapie melahirkan anak lelaki diberi nama Muhammad Yassir Hayyan.
Dolla ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu minuman Yeo’s di Stesen Keretapi Kuala Lumpur sebentar tadi.
Dalam pada itu Dolla teruja berkongsi perancangan karier 2025 antaranya, penganjuran konsert pertama mereka di luar negara iaitu di Singapura pada tahun ini.
Tambah Sabronzo, peluang tersebut muncul selepas kejayaan konsert pertama mereka yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos lalu.
“Sebelum ini konsert kami di Kuala Lumpur mendapat sambutan hangat daripada peminat. Pada masa sama, kami sedar yang Dolla juga ada ramai peminat di Singapura.
“Jadi, buat peminat yang tidak dapat hadir ke konsert Dolla di Kuala Lumpur sebelum ini, kami berharap dapat bertemu mereka pada konsert di Singapura,” ujarnya.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Budak budak zaman skrg. Ada pulak kena tunggu dipanggil. Pergilah jumpa org tu dlm keadaan mmg perlu dilawati. Keeeee gaduh ni tak kawan dah kot. Kita ni kalau mmg kawan kawan baik beranak ke apa ke tak payah tunggu apa. Tang tu jugak pi visit. |
|
|
|
|
|
|
|
Dorg dijemput tak ek masa si syasya ni kahwin? |
|
|
|
|
|
|
|
alah rasanya diorang ni memang takda gaduh apa pun, cuma taknak besar2kan isu dia keluar group secara tiba-tiba, so that tak nampak obvious sangat la kalkulatornya (supaya orang tak perasan dan dapat divert ke isu lain) |
|
|
|
|
|
|
|
1st time tengok anak prem gebu gebas..ytjt |
|
|
|
|
|
|
|
annadonna replied at 12-1-2025 06:15 AM
Budak budak zaman skrg. Ada pulak kena tunggu dipanggil. Pergilah jumpa org tu dlm keadaan mmg perlu ...
Sedangkan Syasya kawin pun meka tak pegi... |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 12-1-2025 05:50 PM
1st time tengok anak prem gebu gebas..ytjt
Gambar tu tarikhnya 4/1. Beranak 23/12, maknanya BB tak sampai 2 minggu lg. Dah tk pakai bj newborn eh? Mak pun sihat walafiat je walo pun baru seminggu lebih bersalin, tk mcm Tin Intan, muka pucat lesi time majlis tahnik anak sheols |
|
|
|
|
|
|
|
Bila budak ni kawin? Kalau betul edisi kalkulator, mmg sejenis xmalu ke menunjuk diri dah beranak????/ Aiyoooo |
|
|
|
|
|
|
|
mamastoney replied at 12-1-2025 10:20 AM
Gambar tu tarikhnya 4/1. Beranak 23/12, maknanya BB tak sampai 2 minggu lg. Dah tk pakai bj newbor ...
hahah tin tan walaupun kuat merentan tapi nampak la dia natural beranak kan dgn muka sembam kawan2 datang pun relax je dgn muka tak fully siap..nampak she betul2 enjoy jadi ibu..mohon tin tan kurangkan merentan semoga disayangi netizen semula.. |
|
|
|
|
|
|
|
Zeelalala replied at 12-1-2025 11:27 AM
Bila budak ni kawin? Kalau betul edisi kalkulator, mmg sejenis xmalu ke menunjuk diri dah beranak??? ...
kawen last year...she tak malu sebab ramai netizen sokong she lagi pulak dah bertudung so she terus manis dimata umum meanwhile dolla dinerakakan sebab seksi..so she ikon kepada wanita yang tinggalkan kerjaya hebat untuk menjadi isteri dan seorang ibu walhah hmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Menutup aurat demi menutup kebodohan namanya....sejenis x malu la camtu...org kalau dah buat bende mcm tu elok la setahun dua stop dulu bermedia sosial.
|
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 12-1-2025 07:01 AM
alah rasanya diorang ni memang takda gaduh apa pun, cuma taknak besar2kan isu dia keluar group secar ...
Teringat syasya Elite. |
|
|
|
|
|
|
|
mamastoney replied at 12-1-2025 06:20 PM
Gambar tu tarikhnya 4/1. Beranak 23/12, maknanya BB tak sampai 2 minggu lg. Dah tk pakai bj newbor ...
Kawan aku besalin 24/12 haritu jumpa muka masih macam orang2 baru lepas bersalin. Baby pun masih la kecik cinonet walaupun bersalin cukup bulan. Mungkin kawan aku bukan selebriti kot sebab tu macam tu. Huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Entah le. Diorang ni terasa jugak kot. Kumpulan tu mesti dah sedia macam2 perancangan, tetiba lulak member birah nikah dah tinggalkan group macam tu je. Mesti la ada rasa terkilan dan kecewa. Kalau ikutkan acik2 forum, macam edisi kalkulator. Tak tahu la betul ke tak.. Lagilah bengang membe lain. Yang non muslim pun reti jaga diri dan tak menjejaskan aktiviti kumpulan. |
|
|
|
|
|
|
|
mamastoney replied at 12-1-2025 10:20 AM
Gambar tu tarikhnya 4/1. Beranak 23/12, maknanya BB tak sampai 2 minggu lg. Dah tk pakai bj newbor ...
kannnnnnnn..sebagai omak anak 3 kalau 2 minggu anak iollss masih merah2 kecut je deyolllss..xde la segar bugar kembang semacam..kalkulator is real yachhh..seb baik anak jantan & laki dia pun nk bertanggungjawab |
|
|
|
|
|
|
| |
|